Salam hye followers and readers sekalian..
arini 1 ogos 2011 kan..bersamaan 1 ramadhan 1432 hijriyah...haa..maknanya apa?maknanya dah masuk bulan puasa la..alhamdulillah..jum kita memanjatkan setinggi2 kesyukuran kepada ALLAH SWT sebab tahun ni..sekali lagi..DIA telah sampaikan kita kepada bulan yang penuh barakah ni...alhamdulillah...nie puasa tak ni?jangan ponteng tau...kejap aje..lagipon kita kan dah sama2 berlatih puasa masa bulan rejab n syaaban aritu?haa..dan bagi yang umur da 2 3 dekad tuh..lagi lah tak logik lau masih ade dalam fikiran untuk ponteng puasa..buang jauh2 perasaan tuh..kecuali la kalau kita ade keuzuran..haa tapi kena jaga jugak. hormati lah bulan puasa walaupon kita ade keuzuran yang tak dapat dielakkan ok?ingatan untuk diri sendiri juga.
oke...saya ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa n ibadah2 yang lain jugak..amik la kesempatan yang ALLAH kurniakan nie untuk kita jadi lebih baik dari sebelumnya..saya amik kesempatan untuk ucapkan jutaan ampun dan maaf kepada semua..tak kira lah saya dah mengguris hati ke wat salah secara sengaja atau tak sengaja..saya mintak maaf sangat-sangat..saya ni manusia...kadang2 saya terlanjur buat salah...sorry ok?eh..macam nak raya?mana ade..takkan nak tunggu raya baru mintak maaf kot?ish ish ish...
and i guest ada lagi yang pikir camni kan.. 'yahoo2 bazar ramadhan!jom2 kite serbuuuuuu'. dahla seharian tuh dah tidur bangun2 dah petang then pergi bazar 2 3 4 jam pastu membazir je.sume makanan pun nak rasa. kelabu mata tengok semua jenis makanan n kuih muih yang ada kat bazar tu...in the end padahal korang tak makan pun sebab da kenyang air...pastu bila da kenyang sangat..malas plak gi teraweh...haaa...kan tak elok tu..
lets talk about pemakanan semasa ramadhan okeh?
actually kan....puasa nie tak pernah pun membuatkan badan kita letih ke ape ke...korang je saiko kan diri korang...tuh yang tidor sepanjang hari tuh..tak pon tengok aje tv n laptop sepanjang hari..eh eh eh...tak boleh gitu ye kawan2..actually penjagaan makanan sahaja pun tak cukup.kita tetap kena cergas macam hari2 n bulan2 lain.macam wat kerja rumah ke..belajar kereta ke..huhu...atau gi naik beskal n bekerja la..kalau tak..bukan makin kurus tapi makin gempal la bila masuk bulan puasa sebab lemak2 yang kita ambil masa puasa tu tak dihadam dengan sempurna. ok jum kita rujuk infosihat.
Kepelbagaian pengambilan jenis makanan sewaktu berbuka puasa menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makan dengan sempurna. Ini ditambah pula dengan makanan yang berlemak dan berminyak serta aneka kuih-muih yang manis menyebabkan lemak-lemak yang tidak dapat dihadam tadi tersekat dan berkumpul di sekitar saluran darah. Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan membantu meningkatkan kekuatan otot bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.
bosan ke?sorry2 saja je nak kongsi info...memang inilah yang saya belajor nak buat caner.haha
oke lau nak ikut kan...
ramai yang cakap ..alaa makan jela semua..bukan ape..siang hari kan puasa..kesian badan.hahaha...adoi..bukan macam tu la..
oke berikut beberapa tips berdasarkan pngetahuan n pembacaan saya ok?Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;
- Kurangkan penggunaan lemak especially lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang contoh-contoh dia mentega dan keju.lemak jenis ini mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa nak menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.hehe
- Lebihkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar dari ladang or kedai or mana2 ajelah.haha. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).nie saya baca dari blog orang.thanx for d info!mutiara hikmah.
- Lebihkan minum air, ayaq ayor, benda sama aje. air kosong tahu!air peti ais pun boleyyyy...Masa berbuka, disarankan minum jus buah (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang masin especially masa sahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa. Masa puasa amik la kurma or oat...kenyang lama la senang cakap...oh saya takmo sampai kuar pasal indeks glisemik kat cni.tapi saya percaya ramai yang tahu pasal indeks glisemik ni.saya nak bagi korang yang ringan2 punye tips aje.hehe
- Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan ...gula kan mahallllll skangggg...haha
Prof Dr. Norimah saya yang cumil.oh oh pict credit to nan senpai.
kesimpulannya korang..sebulan bulan Ramadhan BUKAN hadir untuk dikenal sebagai pesta makanan..marilah kita jadikan ianya pesta ibadah..insyallah.
oke lah korang saya harap kita semua dapat memanfaatkan bulan ramadhan ni dengan semaksima yang mungkin ok?insyallah...and last but not least...saya nak bagi korang tengok video ni..pasal puasa.cool jugak.hehe k lah...selamat berpuasa, berbuka, bertarawikh, bermoreh, n bersahur n ber ber yang seterusnya.barakallah.
oke lah korang saya harap kita semua dapat memanfaatkan bulan ramadhan ni dengan semaksima yang mungkin ok?insyallah...and last but not least...saya nak bagi korang tengok video ni..pasal puasa.cool jugak.hehe k lah...selamat berpuasa, berbuka, bertarawikh, bermoreh, n bersahur n ber ber yang seterusnya.barakallah.
p/s: bersederhanalah.
salam.
No comments:
Post a Comment