CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ikut Kata Hati

MY HEARTBEAT!

Saturday, August 27, 2011

EID MUBARAK!



Salam..hye followers and readers yang saya sayangi sekalian...
haa..apa khabar?dah lama tak berceloteh kat sini...sebab asek layan jiwa yang kacaw je kan..camni lah jadi nya..ape-apepon..malas nak sedih disebabkan benda yang tak berfaedah sesen pun...kalo dapat kasik pahala tak ape jugak kan...huhu...

okeh..today nak share sikit ngan korang sume..maybe ada antara kita yang dah tahu..ada yang tak tahu..so jom.kita hayati sket...amalan-amalan sunat ketika menyambut aidil fitri..maklum lah ye..tak lama lagi kan dah nak raya...dalm kesibukan kita duk melengkapkan segala persiapan raya..baju raya lah kasut raya la kuih ray, kek raya, duit raya..beg tangan raya..ape lagi sume raya999 je belakang die.haha..tapi..jangan kita lupakan pula tentang perkara-perkara sunat masa 1 syawal ni.


1. Bertakbir sama ada di masjid, surau, rumah mahupun di dalam perjalanan. Iaitu bermula daripada malam raya sehinggalah terbenam matahari 1 Syawal.

2. Selain tu, anda juga boleh memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih memuji Yang Maha Esa.

3. Mengemas serta menghias rumah agar kelihatan bersih dan cantik.

4. Mandi sunat Aidilfitri. Jangan lupa untuk bersugi tau.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada dalam koleksi anda. Anda juga disunatkan memakai pewangi.

6. Menjamah juadah yang ada sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

7. Membayar zakat fitrah. Masanya adalah di antara selepas solat Subuh hinggalah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

8. Pergi menunaikan solat dengan berjalan kaki.

9. Memilih laluan yang berbeza semasa anda pergi dan balik daripada menunaikan solat.

10. Ziarah menziarahi..maaf bermaafan sesama umat.


ada lagi tak yang korang tahu..share2 lah kat sini..nie pun hasil dari pembacaan saya je...hee..

oke..akhirulkalam...

SALAM AIDILFITRI saya ucapkan kepada semua yang mengenali diri saya ni...


saya amik kesempatan ni..untuk mohon maaf atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan kat korang..sama ada secara langsung atu tidak langsung..sebab saya ni manusia biasa..saya ada kelemahan n kalau ada kelebihan pun..kadang-kadang saya tersilap guna ke..mane tahu..arap kalau saya ada buat silap..korang tegurlah saya ok..pada yang memandu pulang ke kampung tuh..hati-hati ye...termasuklah pakcik2 bas or pilot2 kapal terbang or keretapi..hati-hati bawak orang..hehehe...

haa..lagi satu make sure..jangan kita membazir plak untuk sambut hari raya ni..sambut secara ala kadar je..bersederhana lebih baik..tapi meriah..n yang penting..kita paham erti sebenar hari raya tu...hari kemenangan kita umat islam..insyallah..

okeh..tuh je kut...buat entri awal2 pasni line busy..saya pun busy..heee,,lau nak kasik duet raya pun boleh...tekan la link nuffnang saya..hee..

JOM.jangan sia-siakan Ramadhan yang masih berbaki ni.

“Sesungguhnya Allah Tabaraka Wata’ala telah menggantikan yang dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya dan Aidiladha.” (Ahmad, Abu Daud, Naasa’ei dan al-Baihaqi)

salam.




Kate hatiku,

Monday, August 22, 2011

Mendung.




Mendung di hati

awan hitam berarak di kalbu

gerimis bergenang di mata

menunggu hujan airmata turun

renyai atau lebat


aku tak pasti

jangan.

aku mohon jangan.



kata hati,

nurul ashikin

22 Ramadhan 1432
Kate hatiku,

Sunday, August 21, 2011

Di mana DAMAI itu..?



ku mencari damai itu
saban hari tak kunjung ku tunggu
walau kucari di segenap ruang dan waktu
melankolik jiwa resah retak beribu
tiada tenang dalam hati
akhirnya menjadi api benci

mengapa jiwa terkadang tak mampu?

Ya Latif..
Lembutkan qalbu ini

pergi kau lemah
pergi kau gundah
datanglah ikhlas
itu paling indah

Ya Rahim..
penuhkan qalbu ini dengan kasih sayang

pergi kau benci
pergi kau dendam
datanglah sayang
itu paling indah

Ya Ghafur..
Sejukkanlah qalbu yang tidak mampu memaafkan

pergi kau pilu
pergi kau hiba
datanglah redha
itu paling indah


di mana damai itu...?
apa termampu
ku hamparkan qalbu padaMu Maha Mendengar
biarlah damai tumbuh bersamaku
sebelum aku bertemu damai yang abadi bersamaMU..




Kata Hati,
W.Nurul Ashikin WM

21 Ramadhan 1432H
110pm


Apekatahati:

God wants us to live like the grass. Even if its stepped on, crushed, burned & cut;
it always persists & grows back even greener & stronger!


Kate hatiku,

Wednesday, August 17, 2011

TUJUHbelasRAMADHANogos ♥


Salam...hye followers and readers yang saya sayangi sekalian..

how's ur day?mine is sangat ok..alhamdulillah..hari ni 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H..


sekali lagi..ALLAH bagi peluang untuk saya menikmati ulangtahun kelahiran saya yang ke 23..





ahaaaahaaii dah 23 da..macam tak caye siket2..tapi caye jela kan..lagi best, sedor diri jela yang usia makin pendek..yela..sebab makin bertambah umur, makin berkurang la kira usia kita n makin dekat kita kepada destinasi kita iaitu kematian.sebab kematian adalah sesuatu yang pasti untuk setiap makhluk yang hidup di dunia ni..n saya arap..saya akan lebih bersedia dan melengkapkan diri saya..n saya amat bersyukur sangat-sangat untuk anugerah yang ALLAH bagi kat saya , nafas yang masih saya hembus..kesihatan dan kebahagiaan yang ALLAH bagi sekarang ni..saya syukur sangat-sangat.saya harap saya tak sia-siakan nafas yang ALLAH anugerahkan ni untuk benda-benda yang tak sepatutnya lagi..saya harap saya mampu buat yang terbaik dalam ape je dalam hidup saya..n jadi angin yang membahagiakan semua orang di sekeliling saya setiap kali saya menyapa mereka dengan lembut dan nyaman...ameen...n lagi, hari lahir saya pada tahun ni jatuh pada hari yang sama dengan tarikh nuzul Al-Quran..Alhamdulillah sekali lagi..
Alhamdulillah...segala pujian bagi ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas sampai ke harini..
terima kasih, thank u, syukran, gomawo, toche, em koy, gracias, salamat, arigatou, khap khun kha, shukriya dll pd sume yg da wish n mendoakan saya..ameen2..smoga hidup kamu semua pun dilimpahi kebahagiaan n diberkati selalu ya.. sayang semua ♥


bunga nie untuk awak semua..





salam.


Kate hatiku,

Monday, August 15, 2011

AKU seperti ANGIN.

Aku seperti angin..
adakalanya aku mampu menjadi selembut bayu..
lembut, menyejukkan dan menyenangkan sesiapa yang aku sapa..
aku mampu menjadi sebahagian dari kebahagiaan mereka..

aku seperti angin..
adakala aku mampu menjadi sekuat dan setabah angin di pantai..
aku penyebab terbangnya layang-layang di langit tinggi..
aku mampu menjadi sebahagian dari kebanggaan mereka..

aku seperti angin..
yang kadangkala boleh menjadi suatu petanda..
apabila aku hadir..
aku menjadi sebahagian daripada harapan mereka..
andai hujan sudah lama tidak menziarah..

aku seperti angin..
yang adakalanya boleh bertukar menjadi taufan..
terlalu kencang apabila desakan amarah dan benci menguasai diri..
dan apabila aku terkadang tidak mampu mengawalnya..
aku menjadi sebahagian daripada kekalutan diriku sendiri dan mereka..

aku seperti angin..
yang adakalanya tersangat dingin..
ibarat angin malam bayu keras yang menggigit..
dan apabila aku menyapa keras dan kasar..
aku menjadi penyebab ketakstabilan fisiologi dan psikologi mereka..

aku seperti angin..
terkadang diriku disalah anggap..
apabila aku menerbangkan dedaun ke tempat yang tidak sepatutnya..
walaupun aku sendiri tidak menujukannya kepada mereka..
aku menjadi sebahagian daripada kejengkelan mereka..

aku seperti angin..
aku punya kelebihan yang perlu dikawal..
dan kekurangan yang perlu dilengkapi..
kerana aku adalah aku..
dan mereka tahu itu, bukan?

Kata hati,
W Nurul Ashikin WM
15 Ramadhan 1432H
0732am


pict credit to milkygreencow


apekata hati:

"DAUN terbang kerana ANGIN bertiup atau kerana POHON tidak memintanya untuk tinggal...??''


Kate hatiku,

Sunday, August 14, 2011

Tanda ALLAH sayang kita.


salam..
followers and readers sekalian...

ape khabar puasa dan ibadah kita harini?alhamdulillah..today saya nak kongsi satu video yang best.from cerita ini kisahku rancangan tv9 tuh...sepanjang ramadhan nie memang ada la..one of the celebrity is wardina safiyya...semua kenal kan..tersentuh sangat dengar cerita dia.. dan saya yakin.. ramai di antara kita, yang pernah keliru atau pernah melakukan hal-hal bodoh dalam hidup kita. Tak kira la melibatkan apa-apa hal sekalipun pernah terniat je. Begitu juga dengan saya. Dan adalah satu nikmat, di mana satu ketika bila kita tersedar , kita merasa semua itu adalah mimpi buruk dan setelah itu kita akan sedar. ini adalah ujian ALLAH terhadap hambaNya, kita adalah orang yang terpilih untuk menjalani ujian itu..namun kita sempat tertewas dengan desakan nafsu dan kalah dengan bisikan syaitan. dan jika kita diberi peluang bangun dari mimpi buruk itu dan sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah salah, air mata akan mengalir, kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk kembali ke dalam dakapan rahmatNya.. ketika itu tiada kalimat lain yang keluar dari bibir kita..selain alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :,) ya ALLAH...aku sangat hina..walaupun aku banyak melakukan khilaf dan berkali2 melakukan kebodohan , Kau masih menyambutku..aku malu ya ALLAH..

banyak kali saya ulang video nie.macam ada satu perasaan aneh. mesti tonton kalau tak rugi sangat. and ambillah pengajaran from video ni..Allah sayang sangat kat kita hambaNya kan :,)



"saya cukup percaya..sekiranya kita ni nak jadi baik..dan kita mengambil keputusan menjadi baik, maka Allah akan hantarkan org2 yg baik utk berkawan dgn kita"- Wardina Safiyyah.

Ape Kata Hati:
Doa Ramadhan 14: Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang ku lakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.
salam.

Kate hatiku,

Saturday, August 13, 2011

PIYA TOKEY ROTI CANAI.

Salam..hye followers and readers sekalian...apa khabar puasa anda harini?hehehe..Alhamdulillah..kalau semua masih puasa penuh...kejap je..esok dah genap lah 2 minggu kita puasa kan...ramadhan dah nak masuk separuh..huhu..

oke lah today saje je nak wat entri santai-santai..nak post vdeo sal my lil princess jadik tokey roti canai...hehe pose2 cakap sal roti canai lak..haha...sabar2...


saya suka tengok sofea berusaha..sebab die sangat cinonet dan kecik lagi.....so macam jadi satu inspirasi bagi saya..

bahan-bahan :

cover keyboard laptop
setin cincau (sila jgn dibukak dolu)
sedikit rasa stress
usaha yang berpanjangan



oke mula-mula sofea dengan gigihnya nak wat 'roti canai kosong' ..


tapi finally die cam stress tapi saya kagum dengan usaha my lil sofea.haha.

afta dat..




sofea buat 'roti canai' berperisa cincau plak..oh ini satu inovasi baru dalam bidang per'roti canai' an..haha..kali ni die dah duk bawah..xduk atas sofa mcm tadi..

kreatip..

sel-sel otak telah berhubung...


last2 sofea da mampu senyum...tak stress macam tadi..hehe..

kesimpulannya..kita kena bersungguh-sungguh buat satu-satu benda ni. stress adelah benda yang biasa.kadang-kadang tuh datang lah anasir2 lain yang buat kita cepat distracted..contohnya iklan boboboi di tv..if kes sofea nie la.haha.. lama-lama kita pandai la..hehe..hidup akan satu proses pembelajaran.

apekatahati:

daripada memikirkan sesuatu yang tidak jelas, lebih baik kita memikirkan cara untuk menambahkan ilmu.

salam.
Kate hatiku,


Thursday, August 11, 2011

DENDAM YANG TERMANIS.



"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu mereka mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikhianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 22)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

ya ALLAH ..Aku berlindung kepada MU dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada MU dari sifat lemah dan pemalas. Aku berlindung kepada MU dari sifat bacul dan kedekut. Dan aku berlindung kepada MU dari bebanan hutang dan PENINDASAN ORANG.


- Artikel iluvislam.com

apekata hati:

"Mungkin orang akan mengatakan saya kolot, kampungan, bahkan primitif sekalipun, saya tidak peduli.Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya "




Kate hatiku,

Wednesday, August 10, 2011

KUTERIMA PINANGANMU DENGAN ALHAMDULILLAH.

Salam.

hye followers and readers sekalian...puasa tak?puasa?alhamdulillah kalau puasa..arini dah masuk hari ke10 kita dalam bulan ramadhan ni.tak sangka kan..cepat je masa berlalu...afta ramadhan syawal plak..n masa tuh...banyak undangan perkahwinan yang mesti dipenuhi..tak kira la walimatulurus ke majlis kesyukuran ke...hehe..

seronok n tumpang bahagia saya tengok kawan2 yang dah sampai jodoh...Alhamdulillah..barakallah..semoga bahagia sehingga ke hujung nyawa..

Jodoh. jodoh itu rahsia ALLAH.kita takkan dapat teka.bila jodoh kita.siapa jodoh kita.kita hanya mampu berdoa kepada ALLAH swt agar kurniakan kita dengan jodoh yang diberkatiNya..dan untuk kita merasa aman dengannya..bukan merasa tertekan dengannya.hehe..dan jika hadir situasi di mana kita harus memilih..pilihlah dengan menggunakan akal yang waras..bukan dengan nafsu..istikharahlah..semoga diberikan petunjuk..

teringat pulak pesanan ibunda tercinta..

kalau kin nak kawin nanti..doa la dapat pasangan yang boleh mendidik dan membimbing kita..dan kalau nak kawin, maknanya kita pun kena 'kawin' dengan keluarganya sekali. pastu tengok lah pada hati bukan pada luaran seseorang..muka hensem pun tapi kalau perangai menyakitkan dan mendera hati dan perasaan kita, jangan buat main-main, sabar juga ada hadnya. kita kalau boleh nak hidup seumur hidup dengan dia kan.bagi saya cukupla sejuk mata kita memandang. mata orang lain tak sejuk pun, suh die gi minum milo sejuk sana.eh, puasa.hee..

betul kata mak. Dalam KCB , mbak anna ade cakap..perkahwinan yang menyakiti pasangan itu haram hukumnya. pastu ustaz azzam plak cakap pada ayatul husna masa furqan lamar husna sedangkan banyak masalah yang timbul..sesuatu hubungan jika dimulai dengan masalah akan menimbulkan masalah lain yang lebih besar apabila sudah menikah..hubungan yang tiada masalah pada awalnya juga ditimpa masalah.. inikan pula yang sudah bermasalah..

tapi satu hal yang kita kena ingat..kalau kita cintakan seseorang..walaupun suami atau isteri kita..
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

ingatlah.orang yang bersederhana itu adalah orang yang paling kaya.

jadi..saya berdoa agar saya dan kamu semua mendapat jodoh yang berkat dan kekal sehingga ke syurga.ameen..

tahniah kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga..bila turn saya?Insyallah..jodoh itu rahsia ALLAH.Dah tertulis di Luh Mahfuz..


saya tujukan untuk semua kawan-kawan saya tu.moga berbahagia ea..

HARUS DENGAR LAGU NI DULU BARU TAHU KENAPA ENTRI SAYA TAJUK MACAM TU..hehe




Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah Lyrics

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah


P/S :

encik jodoh : kupinang kau dengan BISMILLAH.

cik jodoh : kuterima pinangan mu dengan ALHAMDULILLAH.

:)

salam.




Kate hatiku,

Tuesday, August 9, 2011

BAIK BURUK DIET SESUKA SUKI.

Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikan pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet.

Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.

1. Diet Epal dan Detoks.

Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram (kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

Komen Pakar: Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari.

Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang.

Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat.

Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.

2. Diet Elak Nasi.

Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan.

Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!

Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.

Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat.

Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus 'bermusuh' dengan nasi.

Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.

Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan.

Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.

3. Makan Tiga Sudu.

Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit dipilih.

Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.

Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.

Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral.

Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya.

Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan.

Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.

- Artikel iluvislam.com


Kate hatiku,

Thursday, August 4, 2011

P.Z.M ?

Salam n hye followers and readers tersayang...

haa..dah ari keempat puasa la..Alhamdulillah...

rasa gembira..tapi hari ni macam tak complete la...owh saya tahu kenapa..oke jangan tanya kenapa ok..biarlah rahsia.hehe...okeh..dah..intro tak berkaitan jangan nak panjang sangat boley?

fine.

hihi sambil tutup mulot ngan tangan (gelak sopan di bulan puasa yang hatisamronkin ajor.haha)

okeh...PZM..ape itu PZM?tahu tak PZM tuh ape?adekah ianya sejenis peperiksaan macam SPM, STPM, PMR or singkatan pertubuhan apa2?oh tidak sama sekali ye kawan-kawan.

PZM stand for Pegawai Zat Makanan.

Nutritionist. orang kampung korang cakap.bukan kampung saya.kampung saya cakap doketor makan-makan.haha..tertukar kang dengan diktator.and korang boleh jumpa PZM dekat jabatan kesihatan negeri, pejabat kesihatan daerah, klinik and maybe after this kat sekolah pulak..dalam perancangan..hehe

oke...ramai yang tanya saya. Nape awak nak jadi PZM kin?

haaaaaaaaaaaaaaa.. jawapan dia...

1-saya suka membebel and bercakap.saya susah sket nak diam.sebab saya akan ngantuk.serius.ini bukan jenaka. tapi dalam skop PZM saya kenalah membebel dengan berhikmah..apedaaa..dalam bahasa mudah, saya suka n minat sangat dengan kaunseling pemakanan..saya dari sekolah saya tungkus lumus nak jadi PRS..haa..tahu kan PRS ape?pembimbing rakan sebaya daaa..ehehe..sampai nanges-nanges nak jadik tapi cikgu seakan mengambil orang yang lawa-lawa aje..kenapa..saya tidak cukup lawa ke untuk jadi PRS.ok down seminit.hihi lagik. n then my frens ramai-ramai sangat sokong saya jadi PRS n afta buat beberapa pantauan cikgu terima..hahah..teruk kan..eh nak cakap sal pzm ke prs ni?ok cepat distracted.pangggg.



2-saya suka lah jumpa kanak-kanak comel dan berkenalan ngan orang-orang yang tidak sebaya. dulu handle rakan sebaya aje. skang dah tak.haha..dari 1st year lagik..saya selaloo sertai operasi khidmat masyarakat la program komuniti sihat la..semata-mata nak bagi kaunseling pemakanan..ya ALLAH..serius.saya pun tak percaya saya segigih tu.mungkin ade yang nak kutuk saya cakap saya gila beraktiviti la gila merit la (ukm mmg asek merit je manjang) paling teruk gila kuasa.hoi kuasa kalau leh bawak akhirat takpe jugak. setakat leh bawak ko duduk kolej utama takde lah saya teruk camtu..huhu.saya memang suka kaunseling pemakanan sebab saya leh jumpa macam-macam jenis orang. dengan harapan tuh semua boleh mendewasakan saya.saya kan kurang dewasa.yelaaa..kang dewasa kang saya kawen la..itu jawapan klise kepada nek jah saya aje.maaf.




3-saya suka nyeeeeee buat kerja pejabat. tahu tak PZM ni banyak kena urus-urus dokumen itu ini. saya suka. boleh berlagak CEO syarikat macam si capik cite skop production jap. eh bukan. saya puas hati bila saya buat kerja-kerja pejabat pastu siap dan boleh balik rumah dengan tenang.tapi tak siap sila lah buat. n saya suka bila ia berkaitan dengan laptop.ia berlainan dengan menanam padi. salut kepada semua pesawah yang tabah.kerana kamu saya dapat makan nasi (takdak kaitang kang?)



4- saya akan mempunyai peluang untuk menghasilkan sesuatu kajian lain dan berkongsi semasa konferens ke ceramah ke pebenda ke. saya rasa hasil kajian sangat berguna walau sekecil mana pun ia. saya pernah cakap saya tak nak tinggal research. my research dah selamat di pamerkan kat dua konferens saintifik takat ni alhamdulillah..macam yang saya gi NSM tu..saya selalu doa..arap2 bila datang lagik sekali dah ada name tag PZM.dan saya boleh bawak satu kajian pasal tempat saya. hohoi. angan-angan yang bukan mat jenin.sebab saya tak reti panjat pokok.jadi mana mahu jatuh pokok ketika berangan seperti mat jenin?



5- mak saya selalu cakap, arap sangat. kerja nanti mak doa kin dapat keja yang kin boleh apply ape yg dah belajar masa u. yerp.saya dah gunakan 4 tahun daripada umur saya untuk mendalami ilmu pemakanan dan saya tak mahu ia luput dari ingatan saya.. saya ni manusia.mudah lupa.saya takut saya lupa bila saya tak apply sebab bidang pemakanan nie terlalu luas. takkan saya tiba-tiba nak kerja kajibumi pula bukan?



6-saya rasa ia satu amanah. berita setahun lepas. Malaysia perlu lebih ramai pakar pemakanan. saya tak cakap saya pakar pun lagi..but saya yakin. kalau saya berusaha n nawaitu saya tak songsang.. dengan pengetahuan yang saya dapat hasil penat lelah para pensyarah n pendidik saya selama saya amik kos ni 4 tahun..Allah akan bantu saya. Eh ade ura-ura PZM akan diletak kat sekolah.eh best jugak.boleh saya jadik cikgu nurul lagi sekalik?



7- saya harap saya dapat share ape yang saya tahu kepada orang yang tidak tahu atau kurang tahu. sebab actually ramai yang salah paham bila bab makan, makanan n pemakanan. dan bile pengetahuan tuh sampai kat orang lain-lain n lain n lain lagik, arap dapat bantu saya untuk saham akhirat saya pulak.insyallah..ilmu yang bermanfaat. saya pun masih dalam proses belajar lagi.hidup kan satu perjalanan.bukan destinasi.ye ke idok?



8- saya obses piramid makanan. kalau ade jual cadar, sarung bantal or comforter ade letak gambar piramid makanan, mungkin saya akan beli.sila buat. tempah kat orang canting batik lah.boleh tak.hihi



9- itu memang azam saya bukan ustaz azzam KCB..erkkk...target saya sejak saya mula berjinak-jinak dengan bidang ni mase mula-mula masuk u. takpe.. msti peringkat demi peringkat la..insyallah lama2 dapat. lagipon kan sejak malaysia punya menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai tu naik.saya makin semangat sebab die super senior saya di UKM..motivasi itu perlu bukan?



10-abang saya mak sedara dan kazen sudah memanggil saya PZM. dorang staffnurse and medical asst. saya nak anggap tuh cabaran la.hihi..


haaa..nie mesti ada yang tengah siap sedia nak kutuk saya ni.jap2.tunggu2 saya tahu ada yang akan kata, benda lain pun boleh kilang ke syarikat makanan ke. tak sama. sebab ia mempromosi produk die sekalik tapi still pomot pemakanan sihat..saya tak mahu bias n also.orang kata tak baik memilih kan.tapi kalau rezeki saya ke arah tu jugak..insyallah saya terima. apa yang saya cakap kat atas adelah impian saya..korang ade impian, elyana ade impian elyana sunsilk. emilyn ade impian raya emilyn kan. saya takkan tak boley nk ade impian..apepon boleyy..hehe..

if nak tahu lebih lanjut...jemput lawat Pusat Maklumat Pemakanan Ministry of Health

ini belog senior saya.beliau PZM kat Klinik Kesihatan Keningau. hehe..jemput la ziarah.


actually ni meja PZM PKD KBHARU.saya posing aje.haha amik berkat.


apekatehati: yang penting usaha!Bumi ALLAH ini luas.rezeki ada di mana-mana. Sebab saya tahu perancangan ALLAH adalah yang TERBAIK.Insyallah.doakan saya..time kasih...

salam.


Kate hatiku,

Wednesday, August 3, 2011

PERPISAHAN INI.



Perpisahan Ini -
1st Edition ft Aizat Amdan



Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


ape kata hati:

Hari konvokesyen dah nak dekat..26/9/2011, sidang 6, 130-5pm -UKM BANGI. arap dapat jumpa kawan-kawan balik. kawan-kawan nutri n sume kawan-kawan,semua lah kawan-kawan yang sudi anggap saya kawan tu.tak kira lah junior ke senior ke.huhu..n mungkin ada yang pasni tak jumpa dah.maklum lah akan bawak haluan masing-masing..goodluck untuk semua. saya mintak maaf banyak-banyak atas kesalahan n kekurangan saya selama ni.korang, sayang n rindu sangat kat korang semua..halalkan semua ye..

especially to my beloved dongsaeng asheila bunga liesa, anis cik maravila n my buddy cik suri.be good okeh?buat tesis elok-elok..good luck n semua kena semangat!masing-masing kena saling tolong menolong..saling sayang. jangan nanges nanges jangan gaduh gaduh jangan takut takut.jaga diri jaga kesihatan.jaga makan.jangan tak makan.noona dah takde nak nasehat suruh makan sayur.hehe semoga korang berjaya n ingat kat saya selaloo..hehe..n doakan saya jugak ye semua kawan-kawan..sayang korang :D hope kenangan kita bersama takkan luput sampai bila-bila. ade jodoh jumpa lagi..Insyallah.



salam.


Kate hatiku,

Tuesday, August 2, 2011

COOL ke tak COOL.

Salam..hye followers and readers sekalian..

owh harini saya rasa banyak sangat dugaan yang diterima start dari kul210 pagi smpai la skang...waktu entri ni ditulis..tapi disebabkan saya nak jugak tulis entri saya tulis la jugak lalu mengabaikan kesedihan plus mencuba untuk tersenyum dan bersabar serta positif!huhu

ok.. dulu pernah ade kawan penah tanya, eh kin , lelaki tuh cool bila die cammane ek.then boleh plak saya jawab, oooh..lelaki cool kalo die minum ais ke aiskrim ke air peti ais ke.errr...ketidak seriusan menjadi jadi la ...oke jadi arini saya nak menjawab dengan penuh keseriusan.haha

ni pendapat saya aje...lain orang lain pendapat.. mungkin ada orang cakap, lelaki itu cool bila die sebenarnya adelah superhero yang selamatkan orang n kuar malam2 aje.contohnya kluang man n tiongman..haha...ade orang cakap..lelaki itu cool kalau die minat cite2 aksi and bawak keta laju laju drift macam samsul yusof.apekaa..n ade jugak orang cakap...cool la kalau die macam seth tan nora elena n adam adamaya..haha..hakikatnya bagi saya itu cuma dalam tv aje wujud..jom kite melangkah ke alam realiti..bukan realiti tv ye tapi realiti.hehe..

as for me.. saya nak menjawab soalan kawan saya, LELAKI ITU..

adelah COOL jika anda seorang yang kemas dan bersih.

adelah TAK COOL jika anda pengotor tegar.



adelah COOL jika anda adalah seorang yang tenang dan berlapang dada.

adelah TAK COOL jika anda adalah seorang yang panas baran dan mulot longkang.


adelah COOL jika anda lantang bersuara dengan sangat berhikmah.

adelah TAK COOL jika anda lantang bersuara tapi no point n buang masa n titik peluh orang aje.


adelah COOL jika anda pendiam tapi contented.

adelah TAK COOL jika anda pendiam tetapi psikopat.


adelah COOL jika anda suka merendah diri.

adelah TAK COOL jika anda membajet diri.


adelah COOL jika anda muka biasa-biasa aje tapi orang tengok sejuk mata memandang bila korang senyum (senyuman ikhlas).

adelah TAK COOL jika anda muka stok hensem tapi orang tengok rasa nak maki aje bila korang senyum (senyuman playboya).


adelah COOL jika anda gentleman.

adelah TAK COOL jika anda adalah 'kuranghajaq'man.


adelah COOL jika anda pandai layan budak kecik.

adelah TAK COOL jika bayi terus menangis bila tengok muka korang sebab korang membuat muka cari gaduh.


adelah COOL jika mampu n sanggup menjadi imam solat or bilal bila diperlukan.tak kira di mana anda berada.

adelah TAK COOL jika jadi imam untuk isteri sendiri pun malas, azan tak pernah hafal. iqamah kalau terpaksa aje.


adelah COOL jika anda ingat rukun islam n iman.

adelah TAK COOL jika anda hanya ingat rukun negara sahaja.


adelah COOL jika anda pandai baca alquran n siap boleh ajar anak isteri.

adelah TAK COOL kalau alquran last korang sentuh masa kena paksa belajar ngaji kat kampung oleh ayah korang. or yasin adelah jarang2 bila gi majlis tahlil arwah.




p/s:Tak perlu tunggu diterima untuk jadi model iklan dashing or brylcream baru seseorang itu mengiktiraf dirinya cool.
cool ke tak cool korang sendiri yang tentukan.


salam.





Kate hatiku,

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN-pesta ibadah vs pesta makanan.

Salam hye followers and readers sekalian..

arini 1 ogos 2011 kan..bersamaan 1 ramadhan 1432 hijriyah...haa..maknanya apa?maknanya dah masuk bulan puasa la..alhamdulillah..jum kita memanjatkan setinggi2 kesyukuran kepada ALLAH SWT sebab tahun ni..sekali lagi..DIA telah sampaikan kita kepada bulan yang penuh barakah ni...alhamdulillah...nie puasa tak ni?jangan ponteng tau...kejap aje..lagipon kita kan dah sama2 berlatih puasa masa bulan rejab n syaaban aritu?haa..dan bagi yang umur da 2 3 dekad tuh..lagi lah tak logik lau masih ade dalam fikiran untuk ponteng puasa..buang jauh2 perasaan tuh..kecuali la kalau kita ade keuzuran..haa tapi kena jaga jugak. hormati lah bulan puasa walaupon kita ade keuzuran yang tak dapat dielakkan ok?ingatan untuk diri sendiri juga.

oke...saya ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa n ibadah2 yang lain jugak..amik la kesempatan yang ALLAH kurniakan nie untuk kita jadi lebih baik dari sebelumnya..saya amik kesempatan untuk ucapkan jutaan ampun dan maaf kepada semua..tak kira lah saya dah mengguris hati ke wat salah secara sengaja atau tak sengaja..saya mintak maaf sangat-sangat..saya ni manusia...kadang2 saya terlanjur buat salah...sorry ok?eh..macam nak raya?mana ade..takkan nak tunggu raya baru mintak maaf kot?ish ish ish...

and i guest ada lagi yang pikir camni kan.. 'yahoo2 bazar ramadhan!jom2 kite serbuuuuuu'. dahla seharian tuh dah tidur bangun2 dah petang then pergi bazar 2 3 4 jam pastu membazir je.sume makanan pun nak rasa. kelabu mata tengok semua jenis makanan n kuih muih yang ada kat bazar tu...in the end padahal korang tak makan pun sebab da kenyang air...pastu bila da kenyang sangat..malas plak gi teraweh...haaa...kan tak elok tu..

lets talk about pemakanan semasa ramadhan okeh?

actually kan....puasa nie tak pernah pun membuatkan badan kita letih ke ape ke...korang je saiko kan diri korang...tuh yang tidor sepanjang hari tuh..tak pon tengok aje tv n laptop sepanjang hari..eh eh eh...tak boleh gitu ye kawan2..actually penjagaan makanan sahaja pun tak cukup.kita tetap kena cergas macam hari2 n bulan2 lain.macam wat kerja rumah ke..belajar kereta ke..huhu...atau gi naik beskal n bekerja la..kalau tak..bukan makin kurus tapi makin gempal la bila masuk bulan puasa sebab lemak2 yang kita ambil masa puasa tu tak dihadam dengan sempurna. ok jum kita rujuk infosihat.

Kepelbagaian pengambilan jenis makanan sewaktu berbuka puasa menyebabkan badan kita tidak dapat menghadam dan memproses makan dengan sempurna. Ini ditambah pula dengan makanan yang berlemak dan berminyak serta aneka kuih-muih yang manis menyebabkan lemak-lemak yang tidak dapat dihadam tadi tersekat dan berkumpul di sekitar saluran darah. Setiap kalori yang terkandung di dalam makanan perlu dibakar dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam. Selain dapat mengeluarkan peluh, ia juga membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan membantu meningkatkan kekuatan otot bergantung kepada jenis aktiviti yang kita lakukan.

bosan ke?sorry2 saja je nak kongsi info...memang inilah yang saya belajor nak buat caner.haha

oke lau nak ikut kan...

ramai yang cakap ..alaa makan jela semua..bukan ape..siang hari kan puasa..kesian badan.hahaha...adoi..bukan macam tu la..

oke berikut beberapa tips berdasarkan pngetahuan n pembacaan saya ok?Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;
  • Kurangkan penggunaan lemak especially lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang contoh-contoh dia mentega dan keju.lemak jenis ini mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa nak menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.hehe
  • Lebihkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar dari ladang or kedai or mana2 ajelah.haha. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).nie saya baca dari blog orang.thanx for d info!mutiara hikmah.
  • Lebihkan minum air, ayaq ayor, benda sama aje. air kosong tahu!air peti ais pun boleyyyy...Masa berbuka, disarankan minum jus buah (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang masin especially masa sahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa. Masa puasa amik la kurma or oat...kenyang lama la senang cakap...oh saya takmo sampai kuar pasal indeks glisemik kat cni.tapi saya percaya ramai yang tahu pasal indeks glisemik ni.saya nak bagi korang yang ringan2 punye tips aje.hehe
  • Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan ...gula kan mahallllll skangggg...haha
oke ... ade lagi tak ..jom lah share ngan saya. meh meh meh.

Prof Dr. Norimah saya yang cumil.oh oh pict credit to nan senpai.

kesimpulannya korang..sebulan bulan Ramadhan BUKAN hadir untuk dikenal sebagai pesta makanan..marilah kita jadikan ianya pesta ibadah..insyallah.

oke lah korang saya harap kita semua dapat memanfaatkan bulan ramadhan ni dengan semaksima yang mungkin ok?insyallah...and last but not least...saya nak bagi korang tengok video ni..pasal puasa.cool jugak.hehe k lah...selamat berpuasa, berbuka, bertarawikh, bermoreh, n bersahur n ber ber yang seterusnya.barakallah.





p/s: bersederhanalah.

salam.


Kate hatiku,
Blog Widget by LinkWithin