CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ikut Kata Hati

MY HEARTBEAT!

Tuesday, August 31, 2010

say NO but YES!

say no to drugs but yes to pharmacology's notes yg btimbuns nih...

slm...

lme xhapdet belog..ade sawang x?tolong la buang ea..nak2 dekat2 rye nie..malu kat org org dtg jenguk blog.hihi..boley x..tbe2 sy tpikir, org2 pngedar dadah,rosakkn ank bngsa, agk2 pndai farmakologi x..sbb tuh kalo die edar die xamik ddh tuh..kui3.kalo takat frmakologi am ni sah2 makanan drg je kan...hadam.mcq 100% btul.ish3...nape la x cntinue stdy farmasi ke...kt ukm ni pn blh.rmi sket golongn profesional ubt nnti..nie x...adoi..nauzubillah..huhu nk ckp jumaat ni xm farmako tuh je.sekian.haha..ikuti konflik dalaman antara sy dan notes2 frmako ksygn...



notes farmako:ikin, tolong jadik beruang dengan sy (plis bear with me!)

eiykinsshi:oke my notes..i'll try..or shud i be a cute lil panda...or kungfu panda?(xde kaitan.haha)

notes farmako: err? (-.-'') so u think u can dance?

eiykinsshi : yg nie lagi xleh diblahkan...

motif:mmg xde motif pun

atau lebih tepat..tensen la jgk bace frmako..sbr2..dugaan bulan ramadhan..nak2 10 ari trakhir ni kan.

nah mik, gmbr ubat aka dadah...


gud luck ea sume...tkut la nk jwab farmakologi am..huhu..wish me luck..doakan sy rerakans....



Kate hatiku,

Saturday, August 14, 2010

''Sirna cita tulus cinta''




play soundtrack

''kadang-kadang kita selalu bayangkan kita adalah bintang yang indah,menerangi malam saat gelita.. selalu kita kejarkan bulan yang cerah..kerana merasakan bulan lah selayaknya utk kita..tapi kita selalu tdk sdar ada awan yg setia menunggu dan berarak di langit , menunggu bintang tatkala bintang ada atau hilang di langit, kala matahari lebih terang memancar''
*ayu*

*shameer*

*shazwan*

*midah*


*zaihan*

“Kak, surat!”

Terlepas jeritan kecil bersama derap buku-buku rujukan yang berlaga di dada lantai. Baru hendak melangkah keluar dari kelas bersama Midah tiba-tiba sahaja aku telah diterpa oleh Shazwan. Dia memang selalu begitu.

“Nak suruh akak mati cepat ke? Kurang asam betullah adik ni,” bentak ku sambil duduk mencangkung untuk mengutip buku-buku yang be
rtaburan. Aku pasti Shazwan mesti berniat untuk menyakat ku seperti kebiasaan yang dilakukannya. Geram betul aku dengan adik angkat kesayangan ku ini.
“Maaflah kak, Wan betul-betul tak sengaja. Wan nak cepat sebenarnya.” Segera wajah comel itu ku tatap. Kasihan pula melihat dirinya yang serba s
alah. Aku yang lemah semangat, adik ku pula yang menjadi mangsa.
“Tak boleh lama ni, dia kirim salam. Wan balik dulu ye
!” Sampul warkah berwarna kuning air bertukar tangan.
Tersekat suara ku di kerongkong apabila Shazwan terus bergegas mendapatkan bas sekolah yang sudah berkali-kali membunyikan hon amaran.
‘Dia?’Warkah yang berada di pegangan ku renung tajam sambil fikiran ini ligat berputar. Kuning Air? Ah, pemuda itu!“Kenapa? Syameer ye?”

Aku mengangguk lesu. Memang Midah telah mengetahui seg
ala-galanya tentang Syameer. Tidak sedikit pun aku lindungkan dari pengetahuan teman rapat ku itu mengenai Pelajar tingkatan 6 Atas yang tidak jemu-jemu mencuba untuk memenangi hati ku.Dan seperti biasa Midah mula memberi ceramah percuma di atas sikap ku yang terjal menolak salam perkenalan dari pemuda itu. Apa yang kurang? Selalu Midah bertanya begitu. Entahlah. Wajah dan perlakuannya yang sentiasa tenang memang cukup sempurna di mata ku. Apatah lagi kecemerlangannya dalam akademik dan sukan terserlah walaupun baru berpindah ke sekolah ini. Cuma, hati ku sahaja yang kurang. Kurang kerana sebahagiannya telah dicuri oleh seseorang yang ku sayangi.... Zaihan.




Peristiwa lima bulan lepas masih segar di ingatan. Kalaulah aku tahu kesilapan ku itu bakal mengundang episod hura-hara dalam perasaan ini, Sumpah! Memang aku akan elak dari melakukannya. Tapi, segala-galanya telah ditakdirkan. Waktu itu, perasaan aku bercampur baur antara geram, bosan dan gelisah.
Hampir dua jam aku menunggu pujaan hati ku di Holiday Plaza untuk menonton wayang. Puas aku ke hulu ke hilir macam kucing nak beranak tapi kelibat Zaihan masih tidak kelihatan. Perut yang berlagu, merintih untuk diisi membangkitkan rasa sakit hati. Suasana di luar mulai kelam menandakan Maghrib menginjak. Tiada pilihan aku berlalu menuju ke KFC, Restoran Makanan Segera kegemaran ku. Di dalamnya orang ramai sesak memenuhi ruang. Dulang yang ku tatang tiada arah destinasi. Semua meja penuh kecuali... Ah, bolehlah, janji dapat makan.“Boleh saya duduk sini?” Tanpa menunggu persetujuan dari pemuda bertopi yang asyik meratah ayam, aku terus melabuhkan punggung di kerusi... berhadapan dengannya.

Secebis senyuman ku hulur dan terus menikmati mak
anan yang ku pesan tanpa berkata sepatah. Pelik, pemuda itu langsung tidak terkejut malah tersenyum manis memandang ku. Aduhai, kacaknya!
Ah, peduli apa dengan kacak, kau tu tengah sakit ha
ti tahu tak! Segera aku menyumpah diri ku dalam hati apabila menyedari senyuman pemuda itu sedikitmenggoncangkan perasaan ku. Terkocoh-kocoh aku cuba menghabiskan ayam yang tidak dapat aku hayati kelazatannya di ketika itu. Tiba-tiba sesuatu yang tidak disangka-sangka telah menyebabkan aku tersedak. Dia menegur kerana aku makan terlalu laju dengan memanggil nama penuh ku... Nurlisa Idayu! Berderau darah ku mendengar kalimah itu. Mana pemuda ini tahu nama ku? Dia tersenyum lebar seraya menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, aduhai... memang memikat. Memikat?Ahh! Kepala otak aku senget agaknya hari ini. Sungguh-sungguh aku terkejut apabila dia mengetahui segalanya tentang aku. Tentang kemerosotan pelajaran ku, tingkah laku ku, segala kegemaran ku, malah ‘hubungan mesra’ antara aku dengan Zaihan pun dia tahu. Itulah yang aku pelik.

Dari mana dia tahu? Bertambah pelik apabila dia dengan selamba menyatakan hasratnya untuk berkawan lebih rapat dengan ku. Aku pun apa lagi, naik
anginlah. Dia ingat kita ni siapa senang-senang nak goda? Salah oranglah!!! Terus sahaja aku berlalu meninggalkan dirinya yang cuba untuk berkata sesuatu. Aku tak peduli. Jelas dia telah mengetahui hubungan ku dengan Zaihan malah yang buruk-buruk tentang aku pun dia tahu tapi kenapa dia masih nak... Ahh! Pening kepala aku dengan tingkahnya.
Sejak hari itu Syameer tidak jemu-jemu mencuba. Surat, pelbagai cara digunakan untuk disampaikan kepada ku. Salam, entah siapa-siapa sahaja menjadi suruhannya untuk dikirimkan kepada ku. Dan setakat hari ini, tiada satu surat pun yan
g pernah ku baca dan salamnya pun ku sambut hanya di dalam hati.Biar dia marah, biar dia hampa. Aku tak peduli apa yang dia rasa. Yang penting aku akan memastikan bahawa aku adalah Pencinta yang setia. Midah selalu jadi saksi. Peperiksaan SPM semakin hampir menjejak tiba.
Aku mula menumpukan sepenuh perhatian ku terhadap pel
ajaran. Zaihan juga sudah lama tidak ku temui. Permintaan daripadanya sendiri yang sanggup berkorban menahan rindu semata-mata memberi laluan kepada ku agar lebih selesa untuk menelaah. Terasa benar diri ini disayangi.

Namun, takdir Tuhan memang tidak terduga. Suatu
hari di hujung minggu, secara tidak sengaja aku telah menyaksikan sandiwara yang selama ini langsung tidak terlintas di fikiran ku. Kalau tidak kerana buku rujukan yang Midah pinjam belum dipulangkan, aku tidak tahu langsung bahawa selama ini Midah punya teman ‘study’ baru.
Pelik mendengar penjelasan ibu Midah bahawa teman ku itu pergi ke rumah ku untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran sejak dua jam y
ang lepas. Tergagap-gagap aku mengalas kata ibu Midah yang tidak menyedari keadaan yang sebenarnya.

Pada mulanya aku fikir tentu Mida
h singgah ke rumah kawan ku yang lain atau ke sekolah bagi menyiapkan tugasannya menyelia Bilik Kaunseling. Segala tanggapan ku ternyata salah sama sekali sebaik sahaja melihat kemesraan dua merpati sejoli melangkah seiringan sambil berpegangan tangan di Plaza CS.

Entah bagaimana, hati ku tergerak untuk ke sana. Dan tidak ku sangka bahawa sandiwara inilah yang dapat aku saksikan di kala itu! Semangat ku melayang jauh. Berderai air mata ku saat itu juga.
‘Midah dan Zaihan'. Dua insan yang amat aku sayangi sanggup mengkhianati diri ku. Sampainya hati mereka! Kristal cinta yang selama ini indah menghia
si takhta perkasihan pecah berderai menjadi serpihan kaca yang tajam menikam, lantas mengalirlah darah pada sekeping hati yang pedih terluka milik ku.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku menjejakkan kaki ke Menara Gading dan sekali gus meraih kejayaan di atas segala usaha serta pengorbanan ku selama ini. Sejurus berjaya menamatkan pengajian ku di IPT,

aku mendapat tawaran untuk menjawat jawatan yang agak tinggi di sebuah syarikat penerbitan di bandar raya ini. Syukurlah kerana segala usaha aku selama ini telah menunjukkan hasilnya. Sesungguhnya aku bersyukur pada yang Maha Esa. Walaupun keputusan peperiksaan percubaan SPM ku agak teruk gara-gara nanar diulit kekecewaan, semangat ku kembali pulih dengan membaca barisan kata azimat yang disusun ringkas pada setiap warkah Syameer yang selama ini tidak pernah ku endahkan.

‘Hidup ini hanya akan indah jika sirna cita dan tulus cinta diganding seiring’

- Shameer -


Aku malu sendiri kerana selama ini menyangka Syameer ingin memikat hati ku sedangkan definisi tindakannya jauh menyasar. Yang pasti salam perkenalan yang dihulur, menyedarkan diri ku bahawa keindahan rasa yang membelai jiwa seharusnya dijadikan inspirasi untuk berjaya. Bukannya khayal dalam keasyikan irama cinta hingga mengabaikan tanggung jawab ku sebagai seorang pelajar.




Dan kini, bahagia lebih menghuni rasa sebaik sahaja aku d
an Syameer yang telah ku panggil ‘abang’ selamat diijabkabulkan pagi tadi setelah bertunang selama tiga bulan. Tanggal 25 Disember sengaja kami pilih untuk hari bersejarah ini bersempena detik pertama perkenalan di antara aku dan Shameer.
Warkah bersampul ungu di atas bantal dalam bilik pengantin yang berhias indah ini ku renung sayu. Aku tahu siapa pengirimnya, tapi mungkinkah dirinya dilamar kecewa senada dengan lambang warna yang menjadi pilihannya itu?



Adik angkat ku Syazwan menghulurkan warkah itu sebaik sahaja aku dan Shameer selamat disandingkan petang tadi. Tidak ku sangka sama sekali, title adik angkat kini bertukar menjadi adik ipar.
Barulah terungkai persoalan bagaimana Shameer boleh mengetahui segala-galanya tentang diri ku sewaktu bersekolah dahulu. Memang bijak dua beradik itu merahsiakannya dari ku. Perlahan pandangan ku menterjemah ayat yang terukir ind
ah di dada kertas berbau harum itu.


Ayu, Selamat Pengantin Baru. Sengaja aku tidak hadir meraikan hari bersejarah mu kerana rasa bersalah dalam diri ini langsung tidak dapat ku usir. Mungkin inilah balasan Tuhan atas perbuatan ku yang sanggup menikam mu dari belakang. Aku mengkhianati mu Ayu, mengkhianati persahabatan kita! Dan kini hati ku berteman lara biarpun impian ku untuk menjadi suri hidup Zaihan terlaksana. Cintanya... bukan hanya untuk diri ku seorang. Doa setulusnya ku hulurkan sebagai hadiah agar diri mu sentiasa berbahagia di samping Shameer hingga ke akhir hayat. Untuk ku, cukuplah dengan meredai kelukaan di hati akibat daripada perbuatan ku sendiri.


Yang selalu merindu mu,

Midah.

Air jernih mengalir membasahi pipiku. Ternyata jauh di sudut hatiku ini, aku juga merindui dirinya. Sejak peristiwa pahit itu berlalu, ternyata kami langsung tidak pernah bertegur sapa lagi. Begitu juga dengan Zaihan. Masing-masing seolah-olah ingin terus melupakan peristiwa pahit itu.
Tetapi tiada lagi api dendam merajai hati ini terhadap mereka yang pernah menyakiti hati ku suatu ketika dahulu. Saban hari aku menjadi semakin kuat untuk berhadapan dengan dugaan sebegini. Aku reda dengan segala yang telah berlaku. Dan aku pasrah menadah tangan apabila kenangan lalu kadangkala menyapa memoriku. Malah, aku juga memanjatkan doa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Esa kerana di sebalik kejadia
n itu tersisip hikmah yang tidak ternilai.
Hikmah yang menganugerahkan sebuah penghidupan lebih bermakna dan bahagia yang kini menjadi milik ku. Kini aku benar-benar bahagia dengan anugerah dari Ilahi ini. Sirna cita dan tulus cinta menerangi indah mahligai perkasihan ku kini dan mog
a ia berkekalan buat selama-lamanya...



Akan ku lakukan yang terbaik demi kebahagiaan aku dan dia. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan-Mu ini dan, seorang insan bernama Syameer itu akan setia ku cintai selagi ada hayat ini. Itulah janji ku selagi ada hayat dikandung badan. Aku yakin hubungan perkasihan yang tulus dan suci ini adalah milik kita berdua untuk selamanya.




p/s : gmbar tuh hiasan jew..credit to incik google..sweet nye kak aida n abg nizam.suke tgk drg..semoga bhagia selalu..maap tbe2 jadikan korg pelakon cite sy.hahaha baim wong , mukhsin n marshanda pun tkena skali.kwang3 :D


Kate hatiku,

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan wasahlan ramadhan kareem :)


salam...

alhamdulillah ek..arini 1 ramadhan..arini jgk sy da present poposal td..alhmdulillah la ..cume ade siket2 kna komen tuh..biasak ler...huhu...selamat bpuasa tau kat sume ...semoga ramadhan kali nie kite mnfaatkan sepenuhnye sbb kite tataw ramadhan depan kite dapat btemu lagi x ngn bulan penuh kerahmatan ni.huhu..arap2 dapat la kan..ameen....


selamat berpuasa semua!jgn duk pk raye jer!:P

Kate hatiku,

Monday, August 9, 2010

''nota dari pRof..''




play soundtrack

(amik feel lagu dulu before bace entry ni.kuikuikui)

salam..
ok mud sdeyh...bg sesuwai ngn lagu..huhu...sy ase sgt sedih, huk3...sunyi , sepi ..ase cam jeles tgk org lain da bnyk sgt wat n kna ubh tuh kna ubh ni..tapi sy?huuuu~~prof, nape xreply emel sy..wuwuwu ;(



walau ape pun sy akn totap tunggu!huhu..bear2 teman sy...huhu :(


every single day..bukk emel..tggu dengan sgt setia...xkire ujan or panas..sy setia tggu prof reply...(haha perlu ke dramatik?)

arini finally....weee...ari sy bsinar2 terang!(over2)

sy dapat emel dr prof ismail..sape xknl, taip kt google ke lagi sng carik kt jurnal trus..google scholar...ismail et al. ismail MN,MI Noor, sume ade..bnyk woo die wat research sal nutrition nie..sape2 nutritionist yg xknl die sile gi hantuk kepale korang sdrk kat dinding.hahah... XD xdelah guraw jew..xbaik nye sy ni..hihi ...tapi jgn tataw lak..menteri kesihatan tiong lai tuh pun ank murid die kat ukm nie tau!(apsal sy yg lbey2 bkn ank murid sy tp ehem,nk ckp senior sy menteri, fokus utama.ahax!<--yg ni pun xperlu..fine..huhu)ni la die...da macam dapat perutusan raye jew..

''Dear Shikin,
Wow! You have "overkill" your task. Good for a 45 minutes Seminar Frankly it's wonderful to note you're so exicted about the project and that is GOOD!!!. Unfortunately you have only 10-12 minutes AT MOST, and your 30 odd slide is far to much.
Second your slides are too wordy!!! You need to summarise the info, girl!
Please look thru' the attached file, you see I've removed some slides and also provide "Examples" on how you should present your "Introduction" and also "Justification"
Also since you use black background, please make sure the "wordings" are readable ok
Try to reduce your slide to no more than 15 or so if possible, ok

Good effort girl, keep it up.
Ismail


haha korang rase prof perli ke puji?sy taleh jwb psoalan ni.psoalan d ctu.tbe2.kwang3..hehe..actually ni jwpn sy...sy tggu prof reply emel lme2 sgt tuh yg overkill my task!smggu prof..mau xmnderita sy!da la pesent mggu ni oke!hahaha..sy cuak2 ayam je ni..n sy cam xde keje lain (err.. belog n fb tuh lain cite..) so sy pun bace laa jurnal2 lain (konon rajin) lagi pastu npk la sket effort..alhmdulillah...ari makin ari kn..makin lame makin lain..n slide sy yg mule2 15 je jadik terlebey sudaaa..stiap kali ubh pape emel prof..gelabah kan sy.pdhl sy taw prof xsempat pun bce sume tuh...sighh~~ksian kan sy...tp xpe!sy phm prof busy!huhu...dats y la prof ckp cmtuh kut...

waa.ampun prof..sy bosan so saye godek ctu godek cni.jadi terlebih...yela2 sy tukar len..sy bosan senanye..tuh yg wat cenggitu.hahah...so dat dr ctu prof npk effort tuh kut..haha...pdhl xbnyk pun ubh tp btula bile stress sy ase lagi gelabah n nak paham lagi sal tesis sy nih sbb cuak punye pasal....tapi 1 je sy cam perasan prof ni.die xkan guide sume bnda tau...die tadenye bnyk mse nak bce2 weh yg korang anta... cume kna tnjuk effort..tuh pun da ckp bgus bg prof.

bagi die, beza nutritionist dgn dietitian is how u do a research..if not u go n find another work (ismail 2010)...hahah...prof2..trime kasih la bnyk kna ubah nie..da lah.nak wat keja,pasni nk jumpe dr zit pule~kalo sume ok nak2 leh g pesta konvo ptg neyh.huk3....yg xtahan prof tolong tmbh2 lgi slide sy tapi best ar die kasik reference best yg lain.hahah maaf prof...xreti la..asal ade lit.review jew musti jadi wordy..aiseh..lemah tul bab ni ;(( tapi xpe!

;)

p/s: ni sume side effect yg timbul sbb sy epi dapat emel yg da tggu seminggu.tuh je.wek:p

n sy taw lagu tuh xsesuwai.dahla korg ..saje tanak ksik sapot...waaaaaaaa...bg kat dri sdrk ah!go go ekin go n sleep.haha..x x..go n do ur work n research!...u tanak tuka kerjaya kan..lalala :p




Kate hatiku,

Sunday, August 8, 2010

GOoD Luck Nutrimates and congrats senpai!;)


BERJUANG!!

salam...

hampir ke situ...(sile play utk amik mood nk bntang poposal..haha)







ke mana tuh?konvo ukm ke 39!!!!!!!(taun depan nye :p)


entri ni saya buat khas sempena pembentangan proposal oleh kami, nutri/ 4 setat 10 hb smpai 13 hb ni...adoi....agaks2 cuak jugek nih...tapi xtahan smpat lagi curik mase wat entri kat belog terchenta..haha....oke lah actually sy punye tajuk tesis..ni 1st time reveal la kire k..poposal sy nie akn selamat dibentang pada pagi rabu yg damai...11hb insyaALLAH...muga2 amik keberkatan awal2 bulan rmadhan la yer..

entri sal pose..mau wat lain! (erkk.. perlu ke state kut yer pun?)

ok bbalik semula...ni la tjuk tesis sy..

''PERBANDINGAN KUALITI HIDUP DI KALANGAN KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH DENGAN STATUS BERAT BADAN OBESITI, BERLEBIHAN BERAT BADAN DAN NORMAL''

Nmpak sng je kan tjuk nih?ha'ah...'senang..' ...huhu..supervisor sy dr zit...n co-sv saya prof is..mule2 sy cam agk2 down jugek la....sbb yela..rase terumbang ambik jak...dr zit gi umrah kan..tp da alik..alhmdulillah..hee...sy epi sgt2 utk dr..di smping tuh sy epi jugek sbb saye leh la tnye2 dr sal tesis sy ni..tp..huhu sy tanak kacaw dr...biarlah dr rehat dulu..huhu...sy kna bdikari!musti!

semalam jumpe senpai2 ..leman,acap, zamri n syed..drg baru pas main futsal....haishhh~jelesnye sy...drg lepaking...tp...sy kna yakin!insyaALLAH kalo sy uat yg tbaek utk final year sy ni...sy pun boley lepaking mcm drg jugek taun depan..minum2 teh ais di kafe dgn bhgia..smbil mnunggu ari konvo..haha...


haa...by d way yer..sok dorang konvo....sy nk sgt pegi..insyaALLAH..kalau x bnyk masalh sgt ngn proposal n presentation sy..sy gi la...lagipun sy rindu sgt ngn family angkat sy..abah..ma..n ank2 sdra angkt ku yg kiut miut....esok kakak sy grad jugek...congrats kak za :D


n sume2 yg grad sok...bangga sgt ngn korg...doakan sy pun bjaya jugak yer....ameen..dah la...malas nk tulis entri pnjg2...huhuhuhu...

gud luck n congratzzzzz...sy pun dah hampir ke situ!insyaALLAH...



Kate hatiku,

Friday, August 6, 2010

"JODOH"








sile play soundtrack di ats b4 bace entry :)


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi."

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."




`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...'



Kate hatiku,
Blog Widget by LinkWithin