![]() | |||
Alhamdulillah.With Dr Zit n my Undergraduate Prize Certificate at NSM 2012. |
Mak, Ayah, ini salah satu hadiah dari kin untuk mak ayah..:')
ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH.
Kate hatiku,
http://eiykinsshi.blogspot.com/
![]() | |||
Alhamdulillah.With Dr Zit n my Undergraduate Prize Certificate at NSM 2012. |
![]() |
kadang2 hepi... |
![]() |
kadang-kadang sedih juga... |
![]() |
kadang-kadang sunyi... |
![]() |
kadang-kadang dipenuhi cinta dan kasih sayang... |
Salam...today nak share benda berilmiah la sikit ingatnya..
oraitoo...as we all know..ramai antara kita yang suka sangat-sangat mengunjungi n makan kat restoran fast food kan?sama jugak.saya pun especially masa student dulu..pegi jugak la kfc, mekdi, pizza, kenny rogers la ape..tapi time duit lebih sket aje..kalo tak takdenya..biasanya untuk buat cam reward kat diri sendiri aje..so apepon bersederhana lebih baik..okey..kat sini saya nak share sket panduan makan kat restoran fastfood or makanan segera ni ok?tips sihat la atenya..hehe...
1. Hindarkan daripada mengambil makanan yang bergoreng. Pilihlah hidangan yang dibakar atau dipanggang. contohnya kan..kat kenny rogers ayam die memang panggang la..
makan ni mase gi kenny rogers..sedapnya.huhu
2. Jika anda memesan makanan yang digoreng, buang lebihan minyak yang terdapat padanya dengan cara mengesat dengan tisu serapan. kan dia ade aksik tisu tuh kan.n kalo ade kulit tuh macam contoh ayam goreng, elakkan makan kulit ayam tu..banyak tau lemak.n pilih bahagian yang kurang lemak macam bahagian dada instead of kepak ayam..
tengok, sihat kan bunga liesa pilih makanan kat kepsi..hehe
3. Kalau piza plak..kalau boleh tu..pesan piza yang mengandungi cendawan, bawang dan lada hitam berbanding dengan sosej ataupun daging. macam sup cendawan n roti garlic..pon sedap jugak..nyam3..
din n kakdayah mase kitorang p mkn piza sama2- pizza hut taman bendahara pc^^
4. Sekiranya memakan salad, seboleh-bolehnya elakkan daripada dressing seperti mayonees dan lemak sayuran yang lain. Pilih sayur dan buah-buahan segar dalam salad.
5. Jangan sekali-kali menambah garam pada makanan kerana kebanyakan hidangan dihasilkan mengikut kadar garam yang telah ditetapkan. sebab actually diorang ni pun ade nutritionist sendiri n most of their food memang ade nutrition facts jugak senanya..jadi tayah la nak modified jadi tak sehat plak k?hehe
anis kat kepsi jgk..ini gambar hiasan btul ni.hehe
6. Minta susu skim atau susu rendah lemak, jus buah-buahan atau sekadar air putih bgi menggantikan susu kocak serta minuman bergas seperti lazimnya.
saya dan lily^^ di domino
7. Sebagai penambah perisa di dalam kopi yang anda pesan, gunakan susu rendah lemak dan bukannya krimer mahupun gula.
8. Elakkan daripada memakan kek, pastri dan pencuci mulut yang ternyata tinggi dari segi kalori dan kadar lemak.
9. Last but not least..makan la ramai2 sebab nanti kemungkinan untuk makan dalam kuantiti banyak tuh akan bkurang...n lagipon boleh rapatkan hubungan silaturrahim kan..hehe...
model2: my lovely fwens ;)
Hopefully tips ini membantu anda dan saya.enjoy!Salam.
Melayukini.net - Kawal dan awasi pemakanan anda sekarang kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masalah obesiti antara yang terbesar di Asia. Insyallah..
Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikan pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet.
Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.
1. Diet Epal dan Detoks.
Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram (kg).
Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.
Komen Pakar: Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari.
Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang.
Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat.
Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.
2. Diet Elak Nasi.
Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan.
Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!
Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.
Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat.
Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus 'bermusuh' dengan nasi.
Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.
Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan.
Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.
3. Makan Tiga Sudu.
Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit dipilih.
Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.
Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.
Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral.
Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya.
Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan.
Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.