CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ikut Kata Hati

MY HEARTBEAT!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

DENDAM YANG TERMANIS.



"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu mereka mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikhianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 22)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

ya ALLAH ..Aku berlindung kepada MU dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada MU dari sifat lemah dan pemalas. Aku berlindung kepada MU dari sifat bacul dan kedekut. Dan aku berlindung kepada MU dari bebanan hutang dan PENINDASAN ORANG.


- Artikel iluvislam.com

apekata hati:

"Mungkin orang akan mengatakan saya kolot, kampungan, bahkan primitif sekalipun, saya tidak peduli.Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya "




Kate hatiku,

2 comments:

  1. aku pernah kene pulau. masa darjah 5.

    kecik lagi. apa pun tak tahu.

    3 bulan takde sape cakap dengan aku.

    cam bodoh je sekor2 tuh.



    tapi biarkan je.

    pastu sorang2 kejar aku nak mintak maaf.



    life ni macamtu. kejap best kejap tak best. bila kite nak doakan tentang dendam, tu sbb nafsu sendiri. tengah sakit hati.


    pernah dgr tak,
    balas kejahatan dengan kebaikan.

    orang yang buat jahat tu akan rasa lebih sakit hati. so biarkan je diorang terseksa dek plan sendiri yang tak jadi.


    kesian kat diorang sebab hati tak bersih.

    dun worry bebeh.
    ramai org syg kau.

    sekian.

    ReplyDelete
  2. :,)

    maceh ungu kasik nasihat yg brharga utk aku..aku pon malas da nak layan.bior la orang asek nak salah sangka je ngan aku,perli aku baik punya, ngata aku, memanipulasi aku tanpa aku sdar..abc..area beyond control..aku da ta kacaw orang , orang plak cari point nak kacaw emosi aku.aku malas nak balas ketakmatangan org dgn ketakmatangan jgk.macam.. wat der dah besor pnjg stil pk macam budak2..nak komen n kate aku meh la depan2 ngan aku ni ha.. xde nak kumpul point dosa.setel macam adult lah..tayah nk cerita satu donia n dgn yakin ckp dri kite je bagos.dri kite jela ade sft mhmudah.org lain x. xpe2.aku maafkan da dgn arapan aku xjadi macam dia.eh luahan hati kat ko lak.hihi

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin