CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ikut Kata Hati

MY HEARTBEAT!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

SIMBAH ASID?



Salam hye followers and readers yang disayangi sekalian...

da lama tak membebel kat sini..coz busy buat correction tesis...and alhamdulillah da setel sume viva, correction tesis tinggal nak gi jilid and wat manuskrip tesis untuk hantar dekat journal..MJN insyallah..Malaysia Journal of Nutrition...okeh..lately kita kaum hawa nie di cuakkan dengan kes simbah asid yang makin menjadi2...terima kaseh fesbuk...ade juga source2 yang leh wat sy aware...maklum lah kan...nak tggu tgk berita, jarang2...nak bace berita kat paper....kadang2..hehehe....


oke...berbalik kepada tajuk asal...nape korang rasa makhluk tuhan paling keji nie nak buat camni.....saiko ke die?skizo ke die?wallahullam...banyak dah cite dan desas desus yang saya dengar..ada yang cakap..die dendam kat pompuan..ade yang cakap die nak complete kan ilmu dengan tok guru die...amboih..pakai2 asid u ols....dah gaya budak biomed lak masuk2 lab..huhu tapi ini bukan main-main...dahla saya duk sekitar KL..dulu ingat kes ni xserius sangat as dengar2 gitu je..skang dah puluh2 orang kut jadi mangsa..ini one of da note yang saya jumpa kat fb..

Dear Colleagues especially LADIES..

Last Friday night, 6th May 2011 I was at the KLH Hospital Emergency Unit – I taken back by this crowd of family waiting for a family member in the emergency unit. I asked one of the family members, why are they at the emergency and they said that their sister was just splashed with acid or some kind of alkaline near Puduraya at 8.00pm. (This route is quite near to our area). Anyway, this victim was splashed directly to her face and some of the liquid went in her throat thus making her throat swollen and has difficulty in breathing. One of her eyes were also splashed. Her friends were a bit lucky with some burns on their hands. At that time I was in the emergency unit, they have put a tube in her throat and if she has digested the liquid her stomach the damage done were unknown. Half an hour later, I heard another victim were splashed with acid at The Mall on the same night. The brother of this victim informed police to try and trace this guy from the CCTV from Puduraya to The Mall. Well, let’s hope that the police can apprehend this culprit soon.

These victims were attacked by a man on his motorbike, this person is wearing a black full faced helmet with black jacket and on a Honda motorbike. He has a bottle in his hand. He just splash the liquid and hold the bottle. Once they managed to get the registration number of his motorbike but it was a fake one. He prowls at victims in a crowded area. It seems, he likes to splash on women with “tudung”.

Be very careful, do NOT walk too near to the roadside where he can easily splash on you. Carry a bottle of water so that you can wash this liquid away if he splashes on you. Avoid crowded areas. Do NOT try to be helpful if a person on a motorbike try to ask for help, let a man help them.

Hope this message is helpful to all. Please convey this message to your friends and family members.

Waaaaaaaaaaaaaa....the mall?area2 saya tuh...huhu..nauzubillahiminzalik...eh eh tapi kan die aim pompuan bertudung plik kan die ni..padahal kalo ikut fotofit dari pihak polis..suspek nampak macam indian...or indian muslim pun leh jadik jugak...haih..plik2 lah..sabau ajelah......ya ALLAH lindungi kami dair mereka2 yang berniat jahat.....

oke then berita terbaru yang saya dapat daripada FB polis KL.ini lah muke die lebih kurang..klik utk tumbesaran yang sehat..

SATU KEJADIAN CUBAAN MENYIMBAH ‘ASID’ TELAH BERLAKU DI JALAN DESA PANDAN, KUALA LUMPUR PADA JAM 2.00 PETANG TADI. SASPEK DIPERCAYAI MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5 WARNA HITAM .SUSPEK KELIHATAN SEDANG MEMEGANG BOTOL BERLABEL 100 PLUS MENGGUNAKAN TANGAN KIRI DAN DALAM KEADAAN HENDAK MEMBUKA PENUTUP BOTOL TERSEBUT.

SASPEK MEMAKAI PAKAIAN BAJU PUTIH BERKOLAR, BERSELUAR GELAP DAN BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 30-AN SERTA BERMISAI. SASPEK MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5, MEMAKAI TOPI KELEDAR HITAM BERVISOR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU. GAMBAR FOTOFIT SEPERTI DISERTAKAN.

ORANG RAMAI DIMINTA BERWASPADA DAN BERHATI-HATI SERTA BOLEH MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS MELALUI HOTLINE POLIS KL (RAKAN COP) DI TALIAN 03-21159999 ATAU SMS POLISKL KE 32728 DENGAN KADAR SEGERA SUPAYA TINDAKAN SUSULAN DAPAT DIAMBIL UNTUK MENGESAN SERTA MENANGKAP PENJENAYAH INI...

haaa...ade jugak orang share..
Perhatian!!! Motor honda ex5. No WPV 4963 motor suspect simbah acid,got the information thru balai tun razak,please alert everyone for safety of our love one!
(copy & paste this status please,sharing is caring peeps!)
Jadah tul la...100 plus nye botol, asid dapat nama.saya da la suke minum 100 plus di saat2 kepanasan or demam..huhukk.....

oke...itu saje...harap mesej2 nie dapat bagi kita sdikit awareness n pnduan..paling penting...

sekalik lagi saya ulang.....Be very careful, do NOT walk too near to the roadside where he can easily splash on you. Carry a bottle of water so that you can wash this liquid away if he splashes on you. Avoid crowded areas. Do NOT try to be helpful if a person on a motorbike try to ask for help, let a man help them...

semoga ALLAH melindungi kita semua insyallah..salam.


Kate hatiku,

Sunday, April 18, 2010

++alfatihah untuk aRwah achik spin++

salam...semalam ketika sdg asek 'memantau' status ym kwn2..tbe2 tpandang status ym salah seorg junior sy...'alfatihah buat achik (spin)'..sy mse tuh cam blur...+ xpercaye sket2...mak aih..bdk2 nie gurau ke pe...n sy pun tekan la link kat ym junior sy tuh..oh....tbe2 sy tkedu...innalillah...achik spin adalah salah seorg pynyi yg sy leh thn minat gak mase remaje2 dulu..mklum la lagu die n ct nordiana mmg bes dilayan..baru jew bcakap ngn kwn2 sal achik spin ms tgk adamaya aritu....sbb fezal yusof tuh kan mantan suami ct nordiana tah cner kua la sal achik spin..hurm...tuhan lebih sygkan allahyarham...

''Tiada ku sangka, bola-bola api…yang sedulunya kecil, telah menjadi besar….”

inilah bait lagu popular berjudul Paling Comel yang dinyanyikan oleh Achik dari kumpulan Spin dan pasangan duetnya, Siti Nordiana

namun tak siapa sangka, ‘bola-bola api’ itu juga akhirnya meragut nyawa penyanyi itu atau nama sebenar Abdillah Murad Md. Shari, 28 akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas).

::ini lah mpv yg tbabas lalu meletup dan tbakar::

kejadian dikatakan berlaku pukul 6.15 petang 17/4/2010 melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik terbabas kenderaan tersebut dikatakan terbakar dan meletup.

Achik yang tercampak keluar daripada kenderaannya itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2.

::allahyarham achik dan isteri, tasha::

Achik berasal daripada Felda Sendayan Negeri Sembilan. Antara filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah Diari Romeo pada tahun 2003 (pelakon utama) dan menyertai kumpulan Spin pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke 17 pada 2004.

sebelum nie arwah achik dan isteri penah kehilangan puteri mereka allahyarham puteri rania berita penuh kat sini...

::achik n isteri kehilangan puteri mereka::

sy yakin ini adalah ujian paling berat yg ditanggung oleh isteri achik..ya ALLAH..berikan die kekuatan...sbg wanita gak..sy tau die msti sgt tpukul..semoga beliau mnjadi wanita yg gagah..yang kuat mnerima kehilangan...adui..ase nk mnitik air mate...


++kate hati eiykinsshi:Al-Fatihah..ermm..kazen sy msti sgt sdih...die minat sgt achik spin tuh..hurmm...dulu slalu tgk cite2 telemovie yg ade achik spin blakon ngn die..++

:)


Friday, October 30, 2009

++pesakit jiwa ilang++

KUALA LUMPUR: Rumah Pesakit Jiwa PJ di Petaling Jaya meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pesakitnya yang hilang selepas mengikuti rutin joging di Taman Aman, Petaling Jaya sejak tiga minggu lalu.

Azirul Hizal Sulong, 37, yang sudah enam tahun mendapatkan rawatan di situ hilang sejak 7 Oktober lalu selepas terpisah dengan kumpulannya ketika melalui sebuah bulatan.

Penjaga rumah sakit itu, Shihabuddin Mohd Junaidak, 30, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dia bersama 10 pesakit melakukan aktiviti riadah.

“Saya hanya sedar Azirul terpisah dengan kumpulan selepas mendapati seorang pesakit kurang ketika sampai di tempat yang ditentukan.

“Saya bersama beberapa penjaga lain cuba mencarinya di sekitar kawasan berkenaan tetapi gagal,” katanya yang datang ke Balai Berita, di sini, semalam.

Orang ramai yang ternampak Azirul diminta menghubungi ketua penjaga rumah sakit, K Peru di talian 016-3957859 atau Shihabuddin di talian 012-3506775.

Menurutnya, ketika kejadian, Azirul memakai seluar pendek paras lutut dan berbaju t dengan jalur memanjang.

“Kami turut mencari dia di beberapa kawasan di ibu kota namun masih gagal sehingga kini,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada 8 Oktober lalu.

Shihabuddin berkata, Azirul seorang yang pendiam, lebih suka bersendirian dan tidak mengganggu orang lain.

“Orang ramai yang ternampak Azirul diminta menghubungi ketua penjaga rumah sakit, K Peru di talian 016-3957859 atau saya di 012-3506775,” katanya.

sumber: my metro

++kate hati eiykinsshi: tatotnye.....waaaa.....jgn la terjumpe...KL nih..kalo die dtg lawat2 ktsn cammne.......wuuuuu...cape2 yg ternpk or ade mklumat sile hubungi yg kat ats yer...mne la tau die blagak normal..kowg baek punye borak2 ngn die...weee++

:)

Monday, September 14, 2009

++ati2 mase bukak pose ( da nk abes pose pon kna psn pe)++

Watch what you eat when breaking fast

2009/08/29


By Annie Freeda Cruez


KUALA LUMPUR: During the fasting month, Muslims should maintain a diet similar to what they would normally eat, keeping their meals as simple as possible.

Health experts and dieticians recommend eating foods that digest slowly -- complex carbohydrates such as grains and seeds like barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, wholemeal flour and unpolished rice -- rather than fast-digesting refined carbohydrates such as sugar and white flour.

High-fibre vegetables like green beans, peas, marrow, spinach, and other greens like beetroot leaves (iron-rich), fruits with skin, dried fruits especially apricots, figs and prunes, and nuts like almonds are also recommended.

Those who are fasting should eat a balanced diet that contains fruit, vegetables, meat or fish, bread and cereals and dairy products. Fried foods should be limited.

Universiti Kebangsaan Malaysia senior lecturer and dietician Dr Roslee Rajikan said during the fasting month most Muslims would eat two main meals a day and probably a snack, unlike their regular three to five meals a day.


"I suggest high-fibre meals and a drink to top up the glucose level. Drink lots of water and fruit juice before heavy meals, and eat moderately," he told the New Straits Times.

He said those with conditions like diabetes, hypertension, heart problems and other ailments should consult their doctor on whether or not fasting was recommended.

"In some instances people may be told it's better not to fast. Sick people are usually told what they should eat when fasting to keep their condition under control."

In view of the influenza A (H1N1) pandemic, Roslee said those diagnosed with the disease or having a high fever should consult their doctor before fasting.

National Heart Institute senior manager (Dietetics and Food Services) Mary Easaw-John, a non-Muslim who fasted for five days, said breaking fast with high-sugar drinks and refined carbohydrates could cause nausea and tiredness.

She recommends drinking water before eating rice with two servings of vegetables, some meat, yoghurt if desired and fruit.

"Keep drinking water and before going to bed, drink a glass of milk."

In the morning she advises three slices of wholemeal bread with leftover curry or with cucumber and tomatoes, a small cup of oats, fruit and water.


"This will keep you going for the whole 12 to 13 hours of fasting."


source: NST online

Thursday, August 13, 2009

+++yang pergi takkan kembali lagi....+++

salam ..
arini negara dikejutkan dgn kematian ustaz Asri vokalis utama kumpulan nasyid terknl tanahair....huhuhu.....

(alfatihah..)


takziah diucapkan kepada keluarga beliau....ajal maut di tgn tuhan..beliau mninggal dalam usaha yg sgt muda iaitu 4otahun.....semoga ALLAH memberkati roh beliau dan ditempatkan ditempat org2 yg mulia..amiiinn.....liril lagu pergi tak kembali yg dinyanyikan oleh beliau masih terngiang2 di telinga sy.........

di sini adalah petikan dr harian metro untuk tatapan rakan2 sekalian,,,,,

Penyanyi utama Rabbani meninggal


Ustaz Mohd Asri Ibrahim

KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan pada sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira 10.30 pagi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor, meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39.

sumber: my metro

Rabbani

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Sumbangan Putera Izfiq & Nazreeni Hanim

Tuesday, August 11, 2009

+++ hilangnye sft 'kemanusiaan' manusia+++

salam...dah lame xpost sumthing kat sini...mklumlah bz sket sjak akhir2 nih....td ase sgt btuah....dapat dga talk dr prof john reily dari universiti of glasgow ....

huhu..besh la..die share pngalaman sume....huhu....tp arini dapat tau satu berita sedih dr seorg shabat kite dr fskb..huhu...hilangnye sft kmanusiaan manusia adalah isu yg sy tekankan di sini..insaflah.....sesungguh nya manusia itu bersaudara........

Dirodok sebab RM60



Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fadly Samsudin
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana wang RM60, seorang pelajar hampir kehilangan nyawa apabila dirodok dengan pisau Rambo di rusuk kiri sehingga terkena paru-paru angkara dua penjenayah jalanan yang merompaknya ketika melalui jejantas di kawasan stesen monorel Dang Wangi di sini, kelmarin.

Lebih malang apabila pelajar berusia 20 tahun itu yang diserang di kawasan awam tidak dipedulikan orang ramai walaupun berulang kali menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah.

Ng See Hoe, pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diselamatkan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Nyawa mangsa diselamatkan selepas menjalani pembedahan bagi menghentikan pendarahan selain menjahit semula luka tikaman berkenaan.

Ng yang ditemui ketika masih dalam keadaan lemah di HKL semalam, memberitahu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dia dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sesi temu duga untuk memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran di UKM.

“Saya berhasrat pulang menghadiri kuliah dengan menaiki LRT, tapi tersesat di Stesen Dang Wangi. Berikutan itu, saya segera turun di stesen berkenaan dan bercadang mencari stesen monorel terdekat untuk pulang ke kampus.

“Ketika melintas jejantas, tiba-tiba muncul dua lelaki yang saya perasaan dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, saya tidak peduli kerana mahu segera tiba di kampus,” katanya.

Menurut Ng, firasat buruknya menjadi kenyataan apabila kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya sebelum seorang daripada mereka memaksanya menyerahkan wang.

“Seorang daripada mereka terus mengeluarkan pisau Rambo dan cuba menikam saya dari arah hadapan. Namun, dalam keadaan cemas saya terus menepis dan menggenggam mata pisau berkenaan dengan tangan kanan bagi mengelak dia menikam tubuh saya.

“Dalam keadaan kesakitan dan tangan berlumuran darah, seorang lagi lelaki merampas dompet berisi wang RM60 dan telefon bimbit saya sebelum kedua-dua penjenayah berusia 20-an itu melarikan diri,” katanya.

Menurut pelajar itu, dalam keadaan kesakitan, dia mengejar penjenayah terbabit sebelum membaling beg sandangnya ke arah seorang daripada mereka.

“Bagaimanapun, lelaki itu yang bersenjatakan pisau Rambo berpaling dan meluru ke arah saya lalu menikam rusuk kiri.

“Saya hanya mampu menjerit kesakitan sebelum tersungkur berlumuran darah. Ketika itu saya menjerit ‘Perompak! Perompak!...’, namun beberapa orang awam yang melalui jejantas itu enggan memberikan bantuan,” katanya.

Ng berkata, nasibnya baik apabila selang beberapa minit kemudian sepasang kekasih yang melalui kawasan jejantas berkenaan bersimpati dan membantunya dengan menghubungi abangnya serta talian kecemasan (999).

“Saya tidak sedarkan diri dan hanya mengetahui dibawa ke Wad Kecemasan HKL dengan menaiki ambulans. Difahamkan, anggota polis peronda yang tiba ke lokasi kejadian segera menghubungi HKL sebaik mendapati keadaan saya yang kritikal ketika itu.

“Saya kemudian menjalani pembedahan. Keadaan saya kini stabil dan amat berterima kasih kepada doktor serta kakitangan hospital yang bertungkus-lumus menyelamatkan saya,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Ng See Fai, 25, membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian rompakan berkenaan yang turut menyebabkan telefon bimbit adiknya bernilai RM350 dilarikan penjenayah.

“Saya terlalu sayangkan dia (See Hoe) kerana kami hanya dua beradik selain dia penghibur serta seorang yang bijak dalam akademik.

“Saya puji sifat kentalnya walaupun dalam keadaan lemah dia masih boleh bergurau dan bersemangat untuk kembali memulakan sesi pelajarannya di UKM,” katanya.

huhu...sabar la kpd Ng...........<3.....
Blog Widget by LinkWithin