CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ikut Kata Hati

MY HEARTBEAT!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 20, 2010

++Jaga tepi kain orang,tpi kain sdrk ade kn?++

salam...

sesuai ke tajuk tu yer? Mebi anda sume tahu perumpamaan ‘jaga tepi kain orang’ ni kan. utk mereka yang tak paham elok rasanya jumpa ngan cikgu B.Melayu berdekatan.. Dalam dunia yang mempunyai berbillion manusia, ada pelbagai ragam manusia disekeliling kita. Ada yang becok, ada yang pendiam dan ada yang ikut-ikut sahaja. Semuanya ada karektor tersendiri kan?

eh,dah cam melalut plak.hurm ‘Jaga tepi kain orang’ tiada kaitan dengan kedai dobi atau pembuat kain songket apetah lagi batik. ‘jaga tepi kain orang’ boleh didefinisikan sebagai menyibuk , masuk campur dalam hal ehwal orang lain..mmg bniat nak jd PKHEM atau penolong knan Hal Ehwal MANUSIA...Xjadi kesalahan kot kalo ia mempunyai objektif yang baik. Sebagai contoh, dalam sebuah komuniti sifat ‘menjaga tepi kain orang’ perlu bagi menjaga keamanan dan keharmonian. Namun perlu mempunyai sempadan dan matlamatnya.
Berdasarkan pengalaman , sy rase kebanyakan hal ‘ menjaga tepi kain orang ‘ yang sering berlaku dalam komuniti adalah yang negatif. ni antara situasi ‘jaga tepi kain’ yang sering berlaku dalam komuniti kita mengikut a.zool :-

1. Mengkritik personaliti orang lain terutama individu yang sempoi dan tak pandai bergaya dengan pakaian mewah.. Kononnya tiada standard.. Mesti mau bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal . Memang kecoh je .. Kalau bagi duit takpelah juga.. Ni dia pun asyik makan megi je.. Lepas tu nak tuang minyak pun selalu pinjam orang… Ini baru betul ‘biar papa asal bergaya’.. Cuba tengok apek-apek meniaga pakai baju pagoda pergi bank… Diorang pegi bank masuk duit beribu-ribu.. Yang pakai smart-smart siap bertie, nak keluar duit ASB.. Tu pun keluar RM50 je…Bukan tak boleh mengkritik penampilan individu tapi biarlah berpada.. Kadangkala mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri untuk bergaya sempoi.. Kita perlu menerima hakikat bahawa bukan semua orang mempunyai personaliti dan gaya serupa.

2. Ada je PHD (perasaan hasad dengki) bila tengok kawan2 ke jiran ke beli barang mahal-mahal. Kalau setakat tengok je takpe lah juga. Ni siap canang cerita, bawa mulut kononnya jiran sebelah menang loteri dapat beli barang mahal.. Eh tolonglah.. Ni yang dikatakan buruk sangka.. n taleh pun tgk org senang..ade je yg xpuas hati..smpai satu2 hal org tuh kita tahu...kate benci sgt org tuh...tp hakikatnye, npk sgt ko care kat die...hahaha.....ko nak jadi die senanye kan..ckp jela....

3. Mulut jahat...cth:Orang bela kucing dikatakan bodoh. Mungkin diorang ingat membazir ha. Almaklumlah sebab ianya tidak memberi pulangan dari segi kewangan ( ini kucing kampung ye.. tak sesuai bertanding). Tapi sebenarnya perkongsian dengan kucing akan memberi banyak manfaatnya bagi yang membelanya.. Sekiranya tak suka dengan sesuatu janganlah mengkritik dengan cara yang tidak sepatutnya..


4. Mengkritik orang lain tapi sendiri pun tak leh pakai..Golongan HIPOKRIT ni sekiranya berjaya menguasai sesuatu komuniti mampu menjahanamkan organisasi. Mengkritik tanpa teladan tidak akan memberi makna. Sibuk je nak tahu hal orang lain tapi diri sendiri tak terjaga..sng cite..cubela blaja trime kelemahan n kekurangan org lain sebagaimana org lain trime prangai ko yg jht tuh...huhuh,.. Kalau anda pernah menonton filem ‘Mami Jarum’ mungkin setuju bahawa watak yang dilakonkan oleh ‘Rita Rudaini’ memang wujud dalam kehidupan seharian.


5. Sibuk nak berlawan dengan orang,jiran ke coursemate ke.. Lawan yang dimaksudkan bukanlah secara fizikal tetapi dari segi lagaknya. Orang sebelah pakai tv 42′ nak dilawannya dengan tv 51′ ( saiz tv tu sekadar tembak je..) .. Lama-lama duit pun kering. Setuju tak kalau saya katakan bahawa perkara ni selalu berlaku pada kaum bapa dimana isteri mereka cukup suka bertanding?.. Janganlah sy jd camtu.. nauzubillah...

Okay cukuplah setakat ini mengenai hal ‘jaga tepi kain orang’ yang agak negatif. Kalau nak cerita hal jaga tepi kain orang ni memang banyak sekali. Ini pun sedikit yang terlintas dan sekadar ingatan kepada anda dan diri sendiri agar sentiasa mengawal diri. Jangan sibuk ‘jaga tepi kain orang’ sehingga ‘kain sendiri berlubang di punggung’..
Sekian..




Kate hatiku,

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin