play soundtrack
“Kak,
Terlepas jeritan kecil bersama derap buku-buku rujukan yang berlaga di dada lantai. Baru hendak melangkah keluar dari kelas bersama Midah tiba-tiba sahaja aku telah diterpa oleh Shazwan. Dia memang selalu begitu.
“Nak suruh akak mati cepat ke? Kurang asam betullah adik ni,” bentak ku sambil duduk mencangkung untuk mengutip buku-buku yang bertaburan. Aku pasti Shazwan mesti berniat untuk menyakat ku seperti kebiasaan yang dilakukannya. Geram betul aku dengan adik angkat kesayangan ku ini.
“Maaflah kak, Wan betul-betul tak sengaja. Wan nak cepat sebenarnya.” Segera wajah comel itu ku tatap. Kasihan pula melihat dirinya yang serba salah. Aku yang lemah semangat, adik ku pula yang menjadi mangsa.
“Tak boleh lama ni, dia kirim salam. Wan balik dulu ye!” Sampul warkah berwarna kuning air bertukar tangan.
Tersekat suara ku di kerongkong apabila Shazwan terus bergegas mendapatkan bas sekolah yang sudah berkali-kali membunyikan hon amaran.
‘Dia?’Warkah yang berada di pegangan ku renung tajam sambil fikiran ini ligat berputar. Kuning Air? Ah, pemuda itu!“Kenapa? Syameer ye?”
Aku mengangguk lesu. Memang Midah telah mengetahui segala-galanya tentang Syameer. Tidak sedikit pun aku lindungkan dari pengetahuan teman rapat ku itu mengenai Pelajar tingkatan 6 Atas yang tidak jemu-jemu mencuba untuk memenangi hati ku.Dan seperti biasa Midah mula memberi ceramah percuma di atas sikap ku yang terjal menolak salam perkenalan dari pemuda itu. Apa yang kurang? Selalu Midah bertanya begitu. Entahlah. Wajah dan perlakuannya yang sentiasa tenang memang cukup sempurna di mata ku. Apatah lagi kecemerlangannya dalam akademik dan sukan terserlah walaupun baru berpindah ke sekolah ini. Cuma, hati ku sahaja yang kurang. Kurang kerana sebahagiannya telah dicuri oleh seseorang yang ku sayangi.... Zaihan.
Peristiwa
Hampir dua jam aku menunggu pujaan hati ku di
Secebis senyuman ku hulur dan terus menikmati makanan yang ku pesan tanpa berkata sepatah. Pelik, pemuda itu langsung tidak terkejut malah tersenyum manis memandang ku. Aduhai, kacaknya!
Ah, peduli apa dengan kacak, kau tu tengah sakit hati tahu tak! Segera aku menyumpah diri ku dalam hati apabila menyedari senyuman pemuda itu sedikitmenggoncangkan perasaan ku. Terkocoh-kocoh aku
Dari mana dia tahu? Bertambah pelik apabila dia dengan selamba menyatakan hasratnya untuk berkawan lebih rapat dengan ku. Aku pun apa lagi, naik anginlah. Dia ingat kita ni siapa senang-senang nak goda? Salah oranglah!!! Terus sahaja aku berlalu meninggalkan dirinya yang
Sejak hari itu Syameer tidak jemu-jemu mencuba.
Aku mula menumpukan sepenuh perhatian ku terhadap pelajaran. Zaihan juga sudah lama tidak ku temui. Permintaan daripadanya sendiri yang sanggup berkorban menahan rindu semata-mata memberi laluan kepada ku agar lebih selesa untuk menelaah. Terasa benar diri ini disayangi.
Namun, takdir Tuhan memang tidak terduga. Suatu hari di hujung minggu, secara tidak sengaja aku telah menyaksikan sandiwara yang selama ini langsung tidak terlintas di fikiran ku. Kalau tidak kerana buku rujukan yang Midah pinjam belum dipulangkan, aku tidak tahu langsung bahawa selama ini Midah punya teman ‘study’ baru.
Pelik mendengar penjelasan ibu Midah bahawa teman ku itu pergi ke rumah ku untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran sejak dua jam yang lepas. Tergagap-gagap aku mengalas kata ibu Midah yang tidak menyedari keadaan yang sebenarnya.
Pada mulanya aku fikir tentu Midah singgah ke rumah kawan ku yang lain atau ke sekolah bagi menyiapkan tugasannya menyelia Bilik Kaunseling. Segala tanggapan ku ternyata salah sama sekali sebaik sahaja melihat kemesraan dua merpati sejoli melangkah seiringan sambil berpegangan tangan di Plaza CS.
Entah bagaimana, hati ku tergerak untuk ke
‘Midah dan Zaihan'. Dua insan yang amat aku sayangi sanggup mengkhianati diri ku. Sampainya hati mereka! Kristal cinta yang selama ini indah menghiasi takhta perkasihan pecah berderai menjadi serpihan kaca yang tajam menikam, lantas mengalirlah darah pada sekeping hati yang pedih terluka milik ku.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku menjejakkan kaki ke Menara Gading dan sekali gus meraih kejayaan di atas segala usaha serta pengorbanan ku selama ini. Sejurus berjaya menamatkan pengajian ku di IPT,
aku mendapat tawaran untuk menjawat jawatan yang agak tinggi di sebuah syarikat penerbitan di bandar raya ini. Syukurlah kerana segala usaha aku selama ini telah menunjukkan hasilnya. Sesungguhnya aku bersyukur pada yang Maha Esa. Walaupun keputusan peperiksaan percubaan SPM ku agak teruk gara-gara nanar diulit kekecewaan, semangat ku kembali pulih dengan membaca barisan kata azimat yang disusun ringkas pada setiap warkah Syameer yang selama ini tidak pernah ku endahkan.
- Shameer -
Aku malu sendiri kerana selama ini menyangka Syameer ingin memikat hati ku sedangkan definisi tindakannya jauh menyasar. Yang pasti salam perkenalan yang dihulur, menyedarkan diri ku bahawa keindahan rasa yang membelai jiwa seharusnya dijadikan inspirasi untuk berjaya. Bukannya khayal dalam keasyikan irama cinta hingga mengabaikan tanggung jawab ku sebagai seorang pelajar.
Dan kini, bahagia lebih menghuni rasa sebaik sahaja aku dan Syameer yang telah ku panggil ‘abang’ selamat diijabkabulkan pagi tadi setelah bertunang selama tiga bulan. Tanggal 25 Disember sengaja kami pilih untuk hari bersejarah ini bersempena detik pertama perkenalan di antara aku dan Shameer.
Warkah bersampul ungu di atas bantal dalam bilik pengantin yang berhias indah ini ku renung sayu. Aku tahu siapa pengirimnya, tapi mungkinkah dirinya dilamar kecewa senada dengan lambang warna yang menjadi pilihannya itu?
Adik angkat ku Syazwan menghulurkan warkah itu sebaik sahaja aku dan Shameer selamat disandingkan petang tadi. Tidak ku sangka sama sekali, title adik angkat kini bertukar menjadi adik ipar.
Barulah terungkai persoalan bagaimana Shameer boleh mengetahui segala-galanya tentang diri ku sewaktu bersekolah dahulu. Memang bijak dua beradik itu merahsiakannya dari ku. Perlahan pandangan ku menterjemah ayat yang terukir indah di dada kertas berbau harum itu.
Ayu, Selamat Pengantin Baru. Sengaja aku tidak hadir meraikan hari bersejarah mu kerana rasa bersalah dalam diri ini langsung tidak dapat ku usir. Mungkin inilah balasan Tuhan atas perbuatan ku yang sanggup menikam mu dari belakang. Aku mengkhianati mu Ayu, mengkhianati persahabatan kita! Dan kini hati ku berteman lara biarpun impian ku untuk menjadi suri hidup Zaihan terlaksana. Cintanya... bukan hanya untuk diri ku seorang. Doa setulusnya ku hulurkan sebagai hadiah agar diri mu sentiasa berbahagia di samping Shameer hingga ke akhir hayat. Untuk ku, cukuplah dengan meredai kelukaan di hati akibat daripada perbuatan ku sendiri.
Yang selalu merindu mu,
Midah.
Air jernih mengalir membasahi pipiku. Ternyata jauh di sudut hatiku ini, aku juga merindui dirinya. Sejak peristiwa pahit itu berlalu, ternyata kami langsung tidak pernah bertegur sapa lagi. Begitu juga dengan Zaihan. Masing-masing seolah-olah ingin terus melupakan peristiwa pahit itu.
Tetapi tiada lagi api dendam merajai hati ini terhadap mereka yang pernah menyakiti hati ku suatu ketika dahulu. Saban hari aku menjadi semakin kuat untuk berhadapan dengan dugaan sebegini. Aku reda dengan segala yang telah berlaku. Dan aku pasrah menadah tangan apabila kenangan lalu kadangkala menyapa memoriku. Malah, aku juga memanjatkan doa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Esa kerana di sebalik kejadian itu tersisip hikmah yang tidak ternilai.
Hikmah yang menganugerahkan sebuah penghidupan lebih bermakna dan bahagia yang kini menjadi milik ku. Kini aku benar-benar bahagia dengan anugerah dari Ilahi ini. Sirna cita dan tulus cinta menerangi indah mahligai perkasihan ku kini dan moga ia berkekalan buat selama-lamanya...
Akan ku lakukan yang terbaik demi kebahagiaan aku dan dia. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan-Mu ini dan, seorang insan bernama Syameer itu akan setia ku cintai selagi ada hayat ini. Itulah janji ku selagi ada hayat dikandung badan. Aku yakin hubungan perkasihan yang tulus dan suci ini adalah milik kita berdua untuk selamanya.
p/s : gmbar tuh hiasan jew..credit to incik google..sweet nye kak aida n abg nizam.suke tgk drg..semoga bhagia selalu..maap tbe2 jadikan korg pelakon cite sy.hahaha baim wong , mukhsin n marshanda pun tkena skali.kwang3 :D
No comments:
Post a Comment