CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ikut Kata Hati

MY HEARTBEAT!

Friday, March 5, 2010

++biduk patah kemudi++



Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan PULAU KECEWA. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu kunamakan PULAU SEPI.

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku disitu, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang-bayang tidak bersisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat kufahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu.

Seawalnya berada di pulau itu, aku fikir sendri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan-lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku, saraf-saraf ditubuh ku hilang rasa, arteri-arteri yang meluru ke jantungku terputus.

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga dri sendiri agar tidak mensia-siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri DISISI INSAN ADA TUHAN. Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku, saraf-sarafku mencucuk kesakitan dan aku mengadah. Deriaku kembali mencicip rasa. Memaksa aku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu ku gagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri menjadi bisu.

Biduk patah kemudi tersesat di lautan,
Teringat tuan puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidupku tetap diteruskan.

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baharu aku tahu, dia sangat istimewa. Walaupun dia cuma singgah seketika di sanubari, namun figuranya telah bermukim di lubuk hati, dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi...

~~ catatan jurnal, A.Ubaidillah Alias - Warkah Cinta Berbau Syurga ~~

++kate hati eiykinsshi:bila kita dikecewakan walau oleh seluruh dunia, ingatlah DIA tetap ada disisi kita... Moga kita sentiasa mengingati DIA dan kekasihNya.. amin++


:)

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin