Azirul Hizal Sulong, 37, yang sudah enam tahun mendapatkan rawatan di situ hilang sejak 7 Oktober lalu selepas terpisah dengan kumpulannya ketika melalui sebuah bulatan.
Penjaga rumah sakit itu, Shihabuddin Mohd Junaidak, 30, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dia bersama 10 pesakit melakukan aktiviti riadah.
“Saya hanya sedar Azirul terpisah dengan kumpulan selepas mendapati seorang pesakit kurang ketika sampai di tempat yang ditentukan.
“Saya bersama beberapa penjaga lain cuba mencarinya di sekitar kawasan berkenaan tetapi gagal,” katanya yang datang ke Balai Berita, di sini, semalam.
Orang ramai yang ternampak Azirul diminta menghubungi ketua penjaga rumah sakit, K Peru di talian 016-3957859 atau Shihabuddin di talian 012-3506775.
Menurutnya, ketika kejadian, Azirul memakai seluar pendek paras lutut dan berbaju t dengan jalur memanjang.
“Kami turut mencari dia di beberapa kawasan di ibu kota namun masih gagal sehingga kini,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada 8 Oktober lalu.
Shihabuddin berkata, Azirul seorang yang pendiam, lebih suka bersendirian dan tidak mengganggu orang lain.
“Orang ramai yang ternampak Azirul diminta menghubungi ketua penjaga rumah sakit, K Peru di talian 016-3957859 atau saya di 012-3506775,” katanya.
sumber: my metro
++kate hati eiykinsshi: tatotnye.....waaaa.....jgn la terjumpe...KL nih..kalo die dtg lawat2 ktsn cammne.......wuuuuu...cape2 yg ternpk or ade mklumat sile hubungi yg kat ats yer...mne la tau die blagak normal..kowg baek punye borak2 ngn die...weee++
:)
:)
No comments:
Post a Comment