بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksud : Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. (H/R Abu daud, Ibnu Majah, Tirmizi dan Ahmad. Albani mensahihkannya manakala syeikh syuaib al-arnouth mengatakan hadis ini isnadnya hasan)
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang sebagaimana sabda baginda s.a.w :
ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم يضر بشيء
Maksud : tidaklah seorang hamba mengucapkan pada waktu pagi setiap hari dan pada waktu petang setiap malam Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui sebanyak 3 kali maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya.
No comments:
Post a Comment