Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan.Pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud:
"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"
(Surah al-Qadr, ayat 3).
ayuh kawan2...sama2 kita memburu malam penuh keberkatan ini...jangan pk rayer je k..peringatan utk diri sdrk juge..yg sempat terleka..huhu
ayuh kawan2...sama2 kita memburu malam penuh keberkatan ini...jangan pk rayer je k..peringatan utk diri sdrk juge..yg sempat terleka..huhu
Kate hatiku,
No comments:
Post a Comment