CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ikut Kata Hati

MY HEARTBEAT!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 27, 2010

++menilai keikhlasan++

Sorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: Sayang,abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita’, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. ‘Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …’. Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. ‘Abang akan mulai dulu ya’, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir … ‘Maaf, apakah abang harus berhenti ?’ tanyanya. ‘Oh tidak, teruskan …’ jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, ‘Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu’.

Dengan suara perlahan isterinya berkata, ‘Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang….. Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya…Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang …’ Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ….. bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis …

++kate hati eiykinsshi: jln2 kat blog org jumpe cerite nie..mcm bes..erm...relate ngn ape yg jd kt sy arini.. sy rase bsalah sbb da terlintas utk menilai keikhlasan..padahal sy seharusnye sdr...Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan
orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita
PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki...tegur la jika sy salah.. Wallahualam++

p/s:27/2..epi beshday ke 5 bulan cayangku..

syasya..:)

‘Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan
kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini
adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYAALLAH.’


++festival 1 Malaysia++

salam....

arini nak post pasal festival 1 malaysia yang dianjurkan oleh JAKSA Kolej Tun Syed Nasir, UKM kckl..

alamak x npk la plak..wuuu...ni ha....huhu...

'' TARIKH: 27 & 28 FEB 2010

MASA: 730am -530pm

TEMPAT:ASTAKA TASIK TITIWANGSA,KL''

ok then nie lak tentatif2 yg latest.....esok ade launching..so esok stat ngn yg nie lah....

Saturday, 27th February 2010

9.30 a.m : Students & audience arrivals
10.00 a.m : VVIP & VIP Arrivals
: KTSN "kawad kaki" parade
10.15 a.m : ‘Negaraku’ & ‘Varsiti Kita’ song (Koir)
10.20 a.m : Opening performance (various races dance)
10.35 a.m : Words welcoming hosts ceremony
10.40 a.m : Director of program's speech
Vice-chancellor's speech
Launcher's speech
11.15 a.m : Launching ceremony
11.20 a.m : Peragaan Busana Citra Negara
11.35 a.m : Prelude for Martial Arts performance
11.50 a.m : Boria
12.00 p.m : Delivery of Gifts & Souvenirs
12.10 p.m : VIP visit to the booth and exhibition site
12.25 p.m : VIP's feat
12.45 p.m : Ceremony end

untuk rujukan sume..ni la tentatif bagi 2 hari nie...jadi sile lah dtg yer..jgn segan2...hehe....

Saturday, 27th February 2010

7.30 a.m : Fund Walk participant assamble at Astaka
8.00 a.m : Participant released
9.30 a.m : Launching ceremony & Citrawarna 1 Malaysia
9.35 a.m : Photo Maniac & Jagoan Catur (Chess) competition
10.00 a.m : Puzzle Frenzy competition
12.00 p.m : Prize presentation
12.30 p.m : Break
2.00 p.m : Silat & Tae Kwan Do Performance
2.40 p.m : "Suara Anak Malaysia I" competition
4.00 p.m : Prize presentation

Sunday, 28th February 2010

8.00 a.m : Rush Hour Race
8.30 a.m : Futsal, Volleyball & Frisbee
9.00 a.m : Baking Cake Class
10.00 a.m : Suara Anak Malaysia II Competition
12.30 p.m : Break
2.00 p.m : Prize presentation for Frisbee, Bola Tampar & Futsal
2.30 p.m : Silat &Tae Kwan Do Sparring Demonstration
3.00 p.m : Wajah 1Malaysia Performance
5.30 p.m : Rush Hour Race prize presentation
6.00 p.m : End of festival

sile la ziarah blog rasmi kami utk maklumat lnjut..hehe...blog eiykinsshi nie sekadar d pinggiran je...haha...tadela...tolong pomot nie....hehe....nie die blog nye..

http://ukmkl1malaysia.blogspot.com/

++kate hati eiykinsshi: gudlak yer sume yg terlibat untk event nie...wat yg terbaek di samping doakan yg terbaek yer....amiin...permudahkan la urusan kami ya ALLAH....++

:)

Friday, February 26, 2010

++senyum sokmo!!++

''KLIK KLIK KLIK''

bosannye..tp..ase sgt bersemangat utk updet my apekate hati lately.walaupon kje sy umpama gunung kinabalu yg xkan berubah ketinggiannya..hahaha..hehe...arini nak kasik motivasi sket kat dri sdrk n juge kwn2...sy tau kite sume bnyk kje...hehehe....tp bile tensi je ingt la kwn2...


'' YOU SMILE SINCE YOU WE
RE KIDS..''

alahai tiut miut nyer.....



''TO BE BEAUTIFUL N HANDSOME WHEN YOU
GROW UP..''

ehem3....hehe



''THEN ONE DAY..EVEN YOUR BEAUTY FADED...YOU STILL LOOK VERY HAPPY..''
alolololo:)
Align Center

++kate hati eiykinsshi: xkesahla ape yg da jdi pown..no matter wut bad things happened to u..just keep smile on ur face++



p/s: sentiase berpegang teguh bahawasanya......



kwang3.....


:)

++I LOVE RASULULLAH++



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



PENGENALAN


Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:

http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa.
"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.


++kate hati eiykinsshi:teringat lak episod2 qamar bani hashim yg sy tonton di astro oasis..sgt mnyntuh hati sy..huhu..pergimu tiada pengganti ya rasulullah..ya nabi salamun alaik..Akhir sekali, di kesempatan ini sy nak ucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.pesanan utk dri sdrk dan kwn2 juge yer..berusaha!++


:)


Thursday, February 25, 2010

++pelangi terindah++

Hari itu saya bekerja seperti biasa. Masuk seawal jam 8.30 pagi. Sama seperti kebanyakan dari mereka yang mencari rezeki dengan makan gaji seperti saya. Hampir serupa dengan burung-burung yang berterbangan keluar dari sarang masing-masing, bertebaran terbang berkawan di awan. Bezanya mereka keluar mencari rezeki, barangkali cacing untuk mengisi perut, tetapi saya bekerja untuk dapatkan wang gaji.

Sesungguhnya Allah menciptakan dunia ini, bumi yang terhampar meluas, tumbuh-tumbuhan dan hujan yang turun, salah satunya adalah untuk manusia melata mencari rezeki, dan rahmat Allah tidak terhitung banyakknya, cuma terserah kepada kita bagaimana mendapatkannya. Tahu bezakan mana yang halal atau tidak.

Sewaktu menjejak kaki keluar dari kereta, melangkah menuju ke arah pintu ofis, cuaca pagi itu baik, cerah dan awan putih menghias langit biru. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. Matahari pagi mula mengintai dari celah-celah awan, belum kelihatan wajahnya, namun cahayanya sudah bisa menjamah kulit, menyilaukan mata.

Saya berkira-kira, hari ini panas pasti hingga ke petang. Kaki terus melangkah masuk ke tempat kerja.

Selesai makan tengah hari dan solat Zohor, suara deruan angin kencang seakan 'naga mengaum' menyentuh cuping telinga saya. Selalunya, bunyi 'menakutkan' itu hadir bersama hujan lebat. Mungkin kerana ofis saya agak tinggi, bunyi angin yang kuat itu agak 'aneh' dan saya sendiri pernah kata, bunyinya seolah-olah 'alien' sedang bertebaran sekeliling opis kami, disokong oleh rakan sekerja yang lain.

Memang selama saya hidup, bunyi sebegitu tidak pernah didengari di mana-mana tempat lain. Hanya di situ, tempat kerja saya itu, pertama kali saya mendengarnya. Ketika mula-mula berhadapan dengan keadaan tersebut, ia agak menakutkan dan mampu menegakkan bulu roma saya.

Tambah-tambah lagi bila saya menjenguk keluar opis melalui cermin tingkap, langit yang hitam pekat dan daun-daun berterbangan tidak tentu hala benar-benar menakutkan, gambaran kiamat sering berlegar di minda saya.

Lama-kelamaan, setelah panorama itu sering terjadi berulang kali, saya mula mampu mengadaptasikan diri dengan keadaan tersebut, sedikit demi sedikit perasaan takut itu mula hilang, namun tidak sepenuhnya. Bunyi angin berderu kuat dan kilat sambung menyambung.

Saya cuba berlagak biasa walaupun perasaan gerun berjaya menjentik hati saya. Meneruskan kerja-kerja saya seperti biasa. Sambil membayangkan awan hitam dan hujan lebat di luar sana. Biarlah, hujan atau panas, semuanya dari Allah, semuanya ciptaan Allah. Saya cuba memujuk diri walaupun sebenarnya jauh di dalam hati ini perasaan gundah bermaharajalela.

Bukan kenapa, pernah satu ketika, ketika hujan lebat dan petir sambung menyambung, kami satu opis pernah bergelap akibat petir yang menyambar dan pernah juga ia menyambar bumbung opis menyebabkan sebahagian bumbung pecah. Trauma barangkali. ^_^

Setelah beberapa jam bumi menangis, Alhamdulillah, akhirnya hujan berhenti jua. Tiada lagi suara angin yang pelik. Tiada lagi bunyi petir membelah langit. Langit hitam kembali cerah. Perasaan suram dan hiba kembali ceria. Matahari yang tadinya menyorok kini kembali beraksi, mempamerkan wajahnya. Syukur Ya Rabb.

Lebih kurang 9 jam berlalu. Kini waktu bekerja sudah tamat, saya mengemas meja dan menutup suis komputer. Bersedia untuk pulang ke rumah. Malam hampir tiba, siang kian berlalu pergi, saya mahu segera pulang. Segera bergegas ke luar dari opis.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu opis, saya memandang ke langit. Subhanallah. Di hadapan mata saya, terbentang indah sebuah pelangi yang 'sempurna' sifatnya. Maha Suci Allah. Berpuluh tahun saya hidup, ini pertama kali saya melihat matahari yang seindah itu.

http://i203.photobucket.com/albums/aa32/Viper13_31/rainbow.jpg
Lebih indah dari ini

Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Tujuh warnanya terang, tersusun tertib. Sangat besar menghias dada langit. Bentuknya 180 darjah, separuh bulatan benar-benar tegak di hadapan mata saya. Hanya lafaz Subhanallah yang mampu saya ucapkan. Ini pelangi yang terindah yang pernah saya lihat.

Namun kerana saya mengejar masa, mahu segera pulang, saya cuma berkesempatan untuk menikmati keindahan pelangi itu cuma untuk beberapa minit sahaja. Kononnya, imej pelangi yang indah itu sudah terakam kemas dalam kotak memori saya, kononnya, saya boleh 'recall' rupa sang pelangi itu bila-bila masa saya mahu, dan kononnya, mungkin saya berpeluang bertemu dengan matahari seindah itu lagi, atau mungkin lebih indah dari itu.

Saya memasang angan lalu segera menghidupkan enjin kereta, berlalu pergi meninggalkan matahari yang indah itu, walaupun berkali-kali saya menoleh ke belakang untuk melihatnya sekali lagi, namun lama-kelamaan, sang pelangi yang indah itu sirna jua dari pandangan mata saya. Hilang.

Sejak dari hari itu, saya ibarat sang perindu. Sering merindui pelangi yang indah itu. Sekadar membayangkan di minda tidak memadai. Mencari di laman web pelangi yang seindah itu juga tidak mampu mengubat rasa kerinduan. Setiap kali hujan lebat berlalu, saya sering mendongak ke langit, mengharapkan pelangi yang indah itu sekali lagi mengunjungi saya.

Sering juga saya tercari-cari di dada langit sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu opis. Ah, sungguh! Saya benar-benar menjadi sang perindu.

Terbit rasa kesal kerana tidak menikmati keindahan pelangi terindah itu sepuas-puasnya. Mula menyalahkan diri kerana tidak merakamkan ciptaan Allah itu dengan menggunakan teknologi yang kian canggih. Muhasabah diri sendiri, supaya kelak lebih menghargai apa yang saya miliki dan jangan terlalu berharap kepada sesuatu yang tidak pasti.

Itu antara pengajaran yang dapat saya kutip. Anda membaca, anda menilai.

Cerita saya mungkin sekadar cerita biasa, namun saya percaya, setiap dari kita mempunyai perpektif dan penilaian yang berbeza. Bergantung kepada pengalaman yang kita lalui, cara pemikiran kita dan matlamat hidup kita.

http://farm3.static.flickr.com/2461/3550569795_61f6152fcf.jpg?v=0
Jangan berputus asa, pandang ke depan.

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara yakni kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati. Hidup cuma sekali, dan hidup di dunia ini cuma sementara. Buatlah amal, kumpullah bekalan sebanyak yang mungkin untuk menempuhi hidup yang abadi di akhirat sama.

Biarkan yang berlaku terus berlalu kerana yang berlalu tidak mungkin akan berlaku lagi. Past is past, done is done. Yang penting adalah bagaimana kita mengambil ibrah dan iktibar dari apa yang telah kita lalui, agar dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Hargailah pelangi yang kita miliki, mungkin itu kali terakhir kita mampu melihatnya. Dan mungkin juga itulah pelangi yang paling indah yang pernah kita nikmati seumur hidup kita. Ia pergi dan takkan kembali lagi. Dan biarpun pada mata insan lain, pelangi itu tidak sesempurna mana, jangan biarkan mereka menggoyah keyakinan kita, teruslah percaya dengan apa yang kita percayai, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Pesanan buat diri sendiri, supaya sentiasa berfikiran positif, berlapang dada dan berbaik sangka terhadap apa jua yang menimpa diri. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu hanya untuk sia-sia, walau sebesar zarah sekalipun, pasti ada hikmah yang tersembunyi, cuma terserah kepada kita bagaimana mahu mengambilnya sebagai iktibar. Berkali-kali disebut dalam kitab suci Al-Quran, di sebalik kesulitan ada kemudahan, InsyaAllah.

http://farm3.static.flickr.com/2585/4166015546_3e7987e21b.jpg
Berserah dan bertawakkal kepada Allah.

Ingatkan saya andai saya lupa, perbetulkan saya andai saya silap. Teguhkanlah saya andai saya lemah, pimpinlah saya andai saya terjatuh Terangilah saya andai saya kegelapan, tunjukilah saya andai saya kesesatan. Ayuh! Berjalanlah bersama-sama saya, jangan di belakang atau di hadapan. Saya tak mungkin selamanya mengekori dan tak mungkin selamanya memimpin. Kerana saya insan yang lemah, yang tidak mungkin mampu berdiri seorang diri. Ukhwah fillah.

sumber: i luv islam


++kate hati eiykinsshi:sy tgh tggu pelangi nie...tp xujan lak..gelap je dr td....huhuhu++

:)


Wednesday, February 24, 2010

++hakikat BAHAGIA++

Bahagia itu adalah fitrah insani. Semua manusia inginkan bahagia. Tidak ada seorangpun manusia yang tidak inginkannya. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman… dan layak dihantar ke Hospital Bahagia. Justeru, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia hakikatnya adalah untuk mencapai bahagia.

• Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

• Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

• Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang (lihat sebahagian fakta yang dipaparkan).

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Kaedah mencari bahagia mengikut Al Quran dan Sunnah:
1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

Zikrullah bawa bahagia:
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi hati tidak tenang. Kenapa? (Untuk menjawabnya sila rujuk enteri saya dalam tajuk Mencari Ketenangan Hati).

Bahagia itu letaknya di hati. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita. Agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu berhati-hatilah menjaga hati!

++kate hati eiykinsshi: inilah bahagia.....++


:)

++nOktah Cinta++

Noktah Cinta - Hafiz AF7

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya


Lirik Lagu Noktah Cinta - Hafiz AF7 @ Blog Lirik Lagu Melayu - Lirikami



Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-lagu-noktah-cinta-hafiz-af7.html#ixzz0gSHeqazU

++kate hati eiykinsshi: bes jugk lagu nie...layan lam cuti aritu..tgk vdeo klip die , len dr yg len...huhu..suke ttg kasih syg org sekeliling yg diterapkn dlm vdeo klip nie...n lebey berfokus kpd kasih syg keluarga..not just cinta kekasih spt vdeo klip biase..thumbs up..mak suke jugak vdeo klip nie..huhu++


:)

++keliru+celaru=sgt xselesa :,c ++


wahai nurul ashikin...

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kamu tidak tahu..di mana salahnya? tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat,ingatlah..
kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi..

Apabila hidup diselubungi kegelapan,semuanya terasa seolah2 silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa..

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..

bersangka baiklah denganNya...

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar..

Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahkan dirimu kepada Dia..
satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

++kate hati eiykinsshi:If anyone talks to me badly I will stay away and try to be calm , If anyone tells me the truth I will accept and do not ever regret , If anyone hurts my heart I will stay calm and pray ,If anyone gives me hope I will hold and do not keep it at bay , If anyone looks down on me I will take it easy and strengthen my heart, If anyone loses their temper I will take a deep breath and be quite , And , if anyone needs my help I will lend my hand and do the best ,I'll care for everyone's feeling and desire..hmm..knapela airmate murah sgt arini..its ok..prasaan kamu je tu..smgat!++


:)

Monday, February 22, 2010

++screening day @ RTM ++

salam

mcm yg sy ckp td..22/2/2010...kami group 2 untuk amalan pmknn komuniti g rtm...radio televisyen msia yer..huhu..utk wat screening day...phase 1st utk projek kami nie..alhmdulillah dapat jugk lebih kurg 250 klien..maceh kat sume yg dah mnjayakan...


sy xlarat sbnrnye nk upload gmbar....walopun bukn kna wat ape pon...hahaha...tp serba sdikit tgk jela ek...nie geng sy cek glukos drh...mase awl2 la.....pastu tuka geng...huhuhu....kwang2 awl2 da enterprem..sabor jela....hehe....
eiykin, lee kee, hui xian^^.


pastu da tuka geng, sy, grace n hui xian lak.....wlupon sy lalok2 sbb penat..tp sy xcucuk mrate..alhmdulillah,,,haha,,,tadek la sy amik kat kepale org ke ape....drh nye...hahaha....
ok nie pngarah kami yer..goh honchien....capap sket...ngeee..ok utk screening day...mule2...

ok nie la station2 yg ade yer...mule2 kite ade pndaftran dulu.....

ade irma n beng beng kat citu....heee:)


then ukur tggi n berat

sy tgk zu asek kna naik ats kusi je....adoiii....hahah....

pija posing kat situ...sempat aje....ngeee


pastu ukur lilit pggang pngguladoi..posing sakan...wailoon...kila n wani:)
kila suh pkcik tuh watpe?haha

then pratus lemak...(rmi ingt alat tuh PS 2 ley tak..haishh)
anis n mira n teng teng ...maen2 ps2..haha


pastu blood pressure
shira, lee kee...:)


then glucose level..ehem sy la tu...huhu..ngn hui xian n grace...wuuu
rmi woo org tggu..xmenang tgn..ade 2 je tgn...showi....huhu


then food pyramid n kaunseling.....

priscilla n teng teng:)
ili khusyuk btul...wow!kagum2....hehehe


pastu...da penat2....bergigam la barang sesaat dua...sesaat ke...huhu

blakang kami tuh logo rtm dr 1st smpai yg tbaru.....hehe



nie mase da abes..so sile la gigam...tp xsempt gmbar bnyk2 pon.....bz..huhu...
nie ats jln mase nk balik..sempat aje...haha..seb bek xkna lggor dek keta2 mwah yg ade kat situ..hahah..state tuh keta mewah..hahahaa


okie,,,,maceh sume atas kjasama!!!!!!!!fighting utk intervention day lak k!!:)
next....intervention day 12/3/2010...auditorium p.ramlee...eheh....chaiyok2!

''GAYA HIDUP SIHAT, TEMAN SETIA ANDA''

++kate hati eiykinsshi: Ni jela gmbar2 sy upload kat sini ea...xlarat mode....nnti sy tmbh kalo ade lagi..daaa++

:)



++without title++

salam....da lame x tulis entri....

saye penat arini...wuu...

..caye cgt penat..:(

huhu...arini rase penat sgt...smpai je dr klntan..lepas 9 jam lebey naik bas..smpai kul 6 kul 7 trus pgi screening day kat RTM..angkasapuri...mantap tak....seb bek smpat mndi kan..haha.alhmdulillah sume ok....walopun 3.2 m da sy npk cam 3.2 mpixel sbb terlampau ltih n lalok..sy bjaya jugk sempurnakn tugas kat station blood glucose level nye check up...seb bek la sy still leh bezakan jari org...haha..dibuatnye penat sgt smpai sy g cucuk idung org caner...hahaha....naya la sume kakitgn RTM yer..tp agk la bes jgk..leh pkenalkan kos kami..jpd n fskb...xrmi yg tau..biase laa....hehee..ukm kL pun drg leh lak kate..ea?wujud ea..?haha...sy redha je...xpe2..knl ke xknl di situlah sy mnuntut ilmu..ceywah......n paling bes leh la kasik satu ksdrn kat drg....ade je yg ta pnah wat screening kshtn sepnjg idup..pdhl..da 49 tahun...huhu...awareness komuniti masih kurg.....smpai blood gluc da 21.1mmol pon drg xpasan..sy arap drg jumpe dr la pasnih k....huhu...arap sgt2.....papepon gud job yer sume.....ahli group2 pmknn komuniti n xlupe pd kwn2 grup len yg bnyk mnolong..xlupe juga pd kakitgn RTM yg bnyk mnolong.n bg kjasama..dapat juge lam 250 kot patients..hehehe...maceh...jasamu dikenang..papepun atleast leh masuk radio...haha.....sekjap je pon..tp die sebot fskb...sile bgga ya sume....perlu ke...haha....k lah ...penat xilang lagi..n still sengal2 badan sbb tdo yg xbkualiti ats bas....:(



++kate hati eiykinsshi:maaf yer sume...sgt xlarat utk turun miting festival 1 malaysia mlm nie....mate n bdn sy sgt kepenatan yg amat...xdaya,,,sowi..kalo npk muke sy tuh adela tu..huhu..++


:)

Sunday, February 7, 2010

++AJA2 FIGHTIN' !++



Ni paper midsem yg bakal sy jwb...huhu..takutnye..bnyk....


ND 3043 SOSIOLOGI&ANTROPOLOGI PEMAKANAN

ND 3402 POLISI PEMAKANAN DAN SEKURITI

ND 3263 AMALAN PEMAKANAN KOMUNITI

ND 3282 PENGURUSAN SISTEM JAGAAN MAKANAN

permudahkan ya ALLAH...amiin....



++kate hati eiykinsshi:sok sy start midsem xm ...gudlak kwn2 sume....wat yg terbaek...doakan sy yer++

:)



Align Center

++slmt ulang tahun adikku++

selamat ari jadi ADIKKU...

:p



::7 FEBRUARI 2010::




WAN MOHD AZLY BIN WAN MOHAMAD


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kakak nynyi nie utk kmu..huhu


Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku (tuko jd adikku...)

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku (nie pon tuko jd adikku...hehe)
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi




++kate hati eiykinsshi:kamu msti da xnak kak kin pggil kamu adik...sbb kamu da 17...tp kakak xkire...kamu ttp 7taun di hati kakak....lalalalala :p++

Friday, February 5, 2010

++ALI YG .....?????++

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18,namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia.Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..

"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"

Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni klau nak mengamuk punyalah dahsyat. Klau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...

"alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."

Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"

"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

++Kate hati eiykinsshi:selambe dek kut mamat neyh..haishhh..wat saspen jer (-.-'')...drama je lbey,,,++


:)

Thursday, February 4, 2010

++warkah termanis pernah ku bace++

salam..Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

++kate hati eiykinsshi:suke pngakuan nie..Sederhana, jujur dan realistik..praktikal..kalo die anta ikut fb..da lame like..haha..ermm.. yg pnting ianya tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga.sbb kite xtahu bile kite diuji.. tulisan yg biase dr org yg biasa..tp mnjdi warkah cinta yg luar biase yg sgt manis..huhu. .++


:)

++cinta sempurna++

Cinta Sempurna Yuna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh


++kate hati eiykinsshi:words of da day..' y not ' ??huhu.....++


:)

Tuesday, February 2, 2010

++jgn ditangisi ape yg bukan milikmu++

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu
www.iLuvislam.com
oleh: mutiara_putih
dihantar oleh: amirmujahid



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

++kate hati eiykinsshi:........++


:)

Blog Widget by LinkWithin